Kemelut yang berlaku di antara pelakon senior, Ellie Suriaty dan pempengaruh, Imran Bard baru-baru ini mungkin akan berakhir apabila pelakon itu bersetuju untuk berjumpa dengan Imran tidak lama lagi.
Ellie, 54, menerusi posting di IG story berkata, Imran ketika ini masih berada di kampung halamannya dekat Kluang, Johor dan mereka akan bertemu apabila pempengaruh itu pulang ke Kuala Lumpur.
Saya bersetuju dengan permintaannya untuk berjumpa. Namun menurutnya dia kini masih berada di kampung halamannya, saya memahami.
“Maka itu InsyaAllah perjumpaan akan diadakan sekembali dia ke Kuala Lumpur kelak,” katanya.
Artikel berkaitan: Ellie Suriaty Menangis Dijadikan Bahan Lawak Netizen Gara-gara Kes Imran Bard
Artikel berkaitan: “Ibu di hospital mana? Biar saya ziarah” – Ellie Suriaty Anggap Video Maaf Tak Ikhlas, Tetap Mahu Jumpa Ibu Imran Bard
Pertemuan jadi penentu mahu teruskan saman atau tidak
Menurut Ellie lagi, pertemuan ini juga bakal jadi penentu sama ada dia akan meneruskan saman terhadap pempengaruh itu atau sebaliknya.
Katanya, semua ini bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan Imran dalam membuat permohonan maaf itu kepadanya.
Namun ingin saya tegaskan bahawa sesi pertemuan ini akan menjadi penentu, sama ada saya akan meneruskan proses saman atau sebaliknya, ia bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf darinya kepada saya.
“Saya berharap agar Allah SWT mempermudahkan segalanya,” kata Ellie.
Pelakon Spinning Gasing ini juga pada masa yang sama berterima kasih atas segala sokongan dan keprihatinan yang diterimanya daripada orang ramai.
Alhamdulillah baguslah kalau masing-masing nak berjumpa dan selesaikan masalah di bulan yang mulia ini.