Demi mempertahankan maruah menantunya, seorang taikun durian di Thailand menawarkan ganjaran kepada individu yang ‘mengajar’ penyondol anak lelakinya.
Berkongsi satu hantaran di Facebook, Amon Rodthong menyatakan dia terlalu tua untuk berhadapan dengan perempuan simpanan anaknya.
Susulan itu, dia memberikan tawaran sebanyak 30,000 baht (RM3,882) kepada sesiapa yang berjaya menampar wanita terbabit.
“Saya nak berikan 30,000 baht kepada sesiapa yang menampar perempuan simpanan anak lelaki saya. Anda mesti menampar mukanya sekurang-kurangnya 10 kali.”
Artikel berkaitan: “Diberi RM400 sebulan” – Atuk Mengadu Di Media Sosial Kena Jaga 4 Cucu Undang Perhatian Netizen
Artikel berkaitan: Suami Berhubung Dengan Ex-GF Masa Sekolah, ‘Gertak’ Halau Mak Mentua & Anak Keluar Rumah
Menurut laporan The Thaiger, Amon berkata, ganjaran tersebut kekal sah hingga hubungan terlarang itu terputus.
“Dia (perempuan simpanan) layak dapat (tampar). Dia sudah ada suami tetapi sanggup berlaku curang,” katanya.
Selain itu, Amon juga menggesa pihak berkuasa supaya memeriksa lori pikap milik anaknya yang didakwa menyimpan senjata api secara haram.
“Dia berang selepas mendapat tahu menantunya diugut setelah skandal itu terbongkar,” tulis laporan itu.
Anon juga sanggup memutuskan hubungan dengan anak lelakinya dan menukar nama seluruh aset kepada cucunya.
Kebanyakan netizen memuji tindakan Amon kerana mempertahankan menantu perempuannya dan ada yang mempertikaikan tawaran tersebut.
Sumber: The Thaiger