Dalam Dewan Rakyat semalam, pengenalan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daipada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40 menjadi tumpuan.
Ia diketengahkan selepas Charles Anthony Santiago (PH-Klang) pula bertanyakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jika mereka mempunyai cadangan itu, lapor Sinar Harian.
Jadi, menerusi laporan Astro Awani, timbalannya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, buat masa ini, kajian melibatkan 57,000 responden tentang perkara ini sedang dijalankan dan dijangka selesai pada Oktober.
Malaysia antara yang mempunyai jumlah cuti umum tertinggi di Asia Tenggara pada tahun 2019 – Fizo Omar
Memandangkan topik ini turut mendapat perhatian umum, pelakon dan usahawan Fizo Omar turut peka dengan isu ini.
Menerusi Instagram miliknya semalam, dia membuat satu persoalan berkenaan dengan topik ini dan menjelaskan bahawa negara Malaysia adalah antara negara paling banyak cuti umum pada 2019 dalam kalangan seluruh Asia Tenggara, lalu minta pendapat orang ramai.
https://www.instagram.com/p/CgN_cf7rNlx/
Pastinya orang ramai terpanggil termasuklah netizen dari Twitter, seorang warganet tampil memberikan respon untuk menjawab persoalan daripada pelakon tersebut.
Wanita itu memberikan pandangannya dengan menyatakan sedikit info mengenai haid, katanya kitaran haid bagi setiap wanita berbeza-beza, ada yang sampai tak boleh bangun, kaki kejang dan macam-macam lagi.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut menyangkal kenyataan Fizo yang menjelaskan jumlah cuti umum dan menyifatkan bahawa ia tak ada kena mengena.
Dalam masa 6 jam, tweet wanita ini telah meraih hampir 4,700 jumlah perkongsian. Rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan ini malah ada juga menjelaskan bahawa memang tak dinafikan cuti umum di Malaysia banyak, namun bukanlah semua akan digunakan di seluruh negara.
Dalam pada itu, ramai juga wanita yang menjelaskan ada yang terpaksa ambil cuti sakit disebabkan kitaran haid mereka.
No uterus, no talk – Netizen
Bagaimanapun, berkenaan dengan isu ini, dalam Dewan Rakyat, Siti Zailah mengakui, negara-negara maju sudah ke depan dalam melaksanakan cuti haid bagi kesejahteraan wanita.
Katanya lagi, jika kajian tersebut sudah selesai dan didapati mempunyai kepentingan yang signifikan, ia akan dibentangkan kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.
Baca : Balut Najis Gajah Dengan Kain Jadikan ‘Pad’, Hazeman Huzir Kongsi Masalah Kemiskinan Wanita Tanzania