in

“Pernah tulis lagu untuk Tok Ti, Fauziah Latiff” – Komposer Terkenal Kini Hidup Di Jalanan

ross ariffin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang kenal dengan lagu ‘Dia’ nyanyian Fauziah Latiff, ianya antara lagu yang menjadi siulan ketika tahun 90-an.

Pun begitu, cerita sedih menyelubungi komposer lagu tersebut iaitu Ross Ariffin yang kini difahamkan sedang hidup sebagai gelandangan di jalanan.


Artikel berkaitan: Benjamin Britten: Kisah Komposer Hebat Abad Ke-20 Yang Cipta Lagu Kebangsaan Tapi Akhirnya… 

Artikel berkaitan: Selalu Dikaitkan Dengan Vibe Seram, Penulis Perjelas Maksud Sebenar Lagu Cindai

Menurut laporan Buletin TV3, komposer terkenal itu kini hidup berpindah-randah sejak tiga tahun lalu dan hidup sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

avatars 000753705184 42budw t500x500

Individu ini cukup dikenali sebagai pencipta lagu seperti ‘Dia’ yang dinyanyikan Fauziah Latiff, ‘Kau dan Aku’ nyanyian Ning Baizura, ‘Kurniaan Dalam Samaran’ oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, ‘Semalam Ku Tolak Ke Tepi’ dendangan Liza Aziz dan banyak lagi.

Beliau menceritakan dia juga tinggal di Pasar Seni serta berulang-alik ke Melaka, tanpa tempat tinggal yang tetap.

Lebih menyedihkan beliau juga sudah dua kali diserang angin ahmar yang menyebabkan dia sukar untuk bercakap dan berjalan, pun begitu beliau kini sedang tinggal di rumah perlindungan Samaritan Hope Home, Pudu.

“Kehidupan saya bertukar 360 darjah apabila penularan COVID-19 menyebabkan saya menjadi penganggur dan kehilangan pendapatan apabila tidak dapat menghasilkan muzik.

Saya ada dua anak tetapi tidak berhubung dengan mereka. Saya tidak mahu mereka bimbang dengan keadaan saya,” katanya.

Ross menceritakan beliau ingin kembali bekerja selepas kembali sihat dan akan meneruskan kerjayanya sebagai pemuzik serta penulis lagu.

Sebagai info, beliau pernah menyertai orkestra di London sebagai pemain biola selain berpeluang mengembara ke pelbagai negara.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: SoundCloud

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.