in

Pernah Tular Video Gaduh, Isteri Tan Sri Musa Hassan Fail Permohonan Cerai

musa hassan cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi ini, isteri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam ekoran pergolakan rumah tangga yang semakin meruncing.

Isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, berkata, permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.


Beliau yang mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun itu, hadir dengan ditemani peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud, mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Screenshot 2023 03 30 121127

Memetik sumber Harian Metro, beliau menjelaskan mereka tidak lagi tinggal sebumbung bermula enam bulan lalu. Dia turut mengatakan akan menfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak.

“Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes. Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Ogos 2013 lalu dan dikurniakan seorang anak.

Terdahulu, beberapa klip video tersebar di media sosial yang memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak dalam rakaman itu.

Musa Hassan menerusi satu ciapan di Twitter meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya susulan penularan video berkenaan.

Baca: “6 bulan dah tak sebumbung” – TS Musa Hassan Mengaku Individu Dalam Video Bergaduh Dengan Isteri
ft musa hassan mengaku dalam video

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.