in

Pernah Tular Puasa Awal 5 Hari, Sebahagian Kecil Umat Islam Di Yogyakarta Dah Sambut Aidilfitri

aolia 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih ingat sebelum ini, sebahagian penduduk di Yogyakarta, Indonesia telah menyambut bulan puasa pada 6 Mac sedangkan hari pertama berpuasa untuk umat Islam di negara itu adalah pada 11 Mac 2024.

aolia 1
Sumber: CNN Indonesia

Jemaah Yogyakarta dah sambut raya?

Memetik laporan CNN Indonesia, jemaah dari Masjid Aolia di Panggang, Giriharjo, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta telah melaksanakan solat sunat Aidilfitri pada hari ini, Jumaat, 5 Mac 2024.


Artikel berkaitan: “Awalnya..” – Umat Islam Di Yogyakarta Sudah Mula Solat Tarawih, Puasa Sejak Semalam

Artikel berkaitan: Laung Azan Maghrib 2 Minit Awal, Pihak Masjid Mohon Maaf Dan Minta Penduduk Ganti Puasa

Disebabkan mereka memulakan ibadah berpuasa lima hari sebelum tarikh yang ditetapkan, pada pagi tadi, takbir hari raya di dua lokasi di tempat tersebut telah dimulakan seawal jam 07.00 WIB (Waktu Indonesia Barat). Ratusan jemaah Masjid Aolia juga telah berpusu-pusu sejak pukul 6 pagi WIB untuk menunaikan solat sunat hari raya.

aolia 2
Sumber: SINDOnews

Sambut awal sebab berdasarkan akidah?

Bagaimanapun, Kementerian Agama Kabupaten Gunungkidul telah mendapatkan penjelasan daripada imam Masjid Aolia tentang isu yang tular ini. Dia menjelaskan bahawa itu adalah berdasarkan keyakinan diri mereka.

Kementerian Agama telah bertanya kepada Mbah Ibnu (Imam Masjid Aolia, KH Ibnu Hajar Pranolo) mengapa beliau memulakan tarawih malam tadi. Dia memberi penjelasan bahawa ia berdasarkan keyakinan beliau. – Aban Nuroni, Ketua Pejabat Kementerian Agama

Pun begitu, Kementerian Agama menghormati pendapat mereka mengenai fahaman permulaan dan pengakhiran Ramadan. Jemaah Masjid Aolia itu juga memang menjalankan ibadah Ramadan lebih awal dan perkara itu sudah lama berlaku, kata Nuroni.

Pada tahun lepas, jemaah masjid berkenaan menyambut lebaran sehari lebih awal (20 April 2023) sedangkan tarikh yang ditetapkan adalah pada 21 April 2023. Namun, untuk tahun ini, mereka menyambutnya lima hari lebih awal.

Nuroni turut menjelaskan jemaah Masjid Aolia tidak memiliki perbezaan ketara dengan masyarakat Muslim yang lain, hanya sistem kalender yang berbeza sama seperti sebahagian kelompok yang lain.

Untuk pengetahuan, Gunungkidul merupakan kawasan kecil dan penduduknya adalah minoriti namun sebahagian besar umat Islam yang lain di Yogyakarta masih berpuasa sehingga ke hari ini.

Awal betul diorang sambut..

Sumber: CNN Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.