in

Pernah Tular Miliki 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Menimang Cahaya Mata Ke-12

ft timang anak ke 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan suami isteri yang pernah tular, Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail kerana memiliki 11 zuriat selamat menimang cahaya mata ke-12 pada jam 3.43 petang kelmarin.

Shamsuri, 39, yang juga seorang pengamal perubatan Islam berkata, dia dan isteri dikurniakan cahaya mata lelaki namun belum memberi nama kepada bayi mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kota Bharu, Kelantan.


Artikel berkaitan : “A, E, L & X”- Pasangan Ini Beri Nama Unik Untuk 11 Anak, Guna Variasi 4 Huruf Yang Sama!

Artikel berkaitan : Mayat Kanak-kanak 11 Tahun Akhirnya Ditemui Selepas 3 Hari Hilang Dalam Banjir

Jelas Shamsuri lagi, dia bersyukur kerana dikurniakan lagi rezeki untuk menimang cahaya mata dan lega kerana urusan isteri, Rosnaida, 38, sepanjang melahirkan bayi mereka dipermudahkan.

“Alhamdulillah, perasaan sangat teruja dan bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan kehamilan isteri yang tidak alami alahan sehingga dia selamat bersalin.”

Tambahnya, bukan sahaja dia dan isteri, anak-anak mereka yang lain juga teruja dapat adik baru dan sebagai suami, Shamsuri berterima kasih kepada isteri atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata.

“Sukar nak mencari seorang isteri yang tabah, penyayang, tenang serta bertanggungjawab sepertinya malah dia adalah tulang belakang serta penguat semangat saya.”

Dalam pada itu, Shamsuri juga tidak menolak jika ada rezeki untuk melahirkan anak lagi pada masa yang akan datang kerana baginya anak itu adalah anugerah daripada Allah SWT serta pembawa rezeki dan penguat hubungan serta pengikat kasih sayang dengan isteri sepanjang 19 tahun  mereka berkahwin.

@shamsuri_safie

#melayani ibu utk kelahiran ke12 #melawakjee dgn ibu #layan santai

♬ Scorr_Bila hati dah sayang – ꧁ ?.???_???????? ꧂

Sebelum ini kisah Shamsuri tular di TikTok kerana kerana dikurniakan 11 cahaya mata terdiri daripada enam lelaki serta lima perempuan.

Sumber : TikTok, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.