in

Pernah Tular Budak Ambil Gambar Sendiri Lepas Menang Perlawanan Badminton, Influencer Hadiahkan Raket Baru

Nubhan 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awal Julai lalu, video seorang budak lelaki telah meraih perhatian netizen apabila dia mengambil gambarnya sendiri selepas menang perlawanan badminton.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular itu, budak lelaki tersebut ada meminta bantuan orang lain untuk mengambil gambarnya, namun tiada siapa mengendahkannya.


Influencer hadiahkan raket & barang lain

Pun begitu, satu video oleh seorang influencer TikTok yang selalu terlibat dengan aktiviti kebajikan, Adrian Edy, memaparkan dirinya telah berjumpa dengan budak lelaki tersebut yang bernama Nubhan.

Edy yang terharu dengan kecekalan yang ada pada diri Nubhan turut menghadiahkannya sebatang raket, kasut, stokin dan baju bercetak nama ‘Nubhan Malaysia’ di belakangnya.

Nubhan 3

Artikel berkaitan: China Juara Badminton Asia Junior Championship, Bawa Jersi Zhang Zhi Jie Naik Podium

Artikel berkaitan: Sanggup Bangun Jam 4 Pagi Untuk Berguru Dengan Misbun Sidek, Ramai Puji Disiplin 3 Pemain Badminton Thailand Ini

Terharu nampak video adik Nubhan yang tular, dia pertama kali ikut kejohanan dan menang. Masa tu semua orang sibuk tapi tidak dapat tolong dia ambil gambar.

Kita gembirakan dia dengan hadiahkan dia raket, kasut dan baju. Moga adik Nubhan capai cita-cita dia.

@adrianedy7

Terharu nampak video adik Nubhan yang tular, dia pertama kali ikut kejohanan dan menang, masa tu semua orang sibuk tidak dapat tolong dia ambil gambar, kita gembirakan dia dengan hadiahkan dia raket, kasut dan baju, moga adik Nubhan berjaya capai cita cita dia 🤍 #fyp #adrianedy

♬ original sound – Adrian Edy – Adrian Edy

Nak jadi pemain badminton Malaysia

Jelas pada wajah Nubhan, dia nampak gembira dan terharu ketika membelek-belek kasut dan raket yang dihadiahkan. Mungkin hadiah-hadiah tersebut berjenama mahal membuatkan Nubhan sedikit segan untuk menerimanya.

Nubhan juga mencuba bermain badminton menggunakan raket tersebut dan dia kelihatan seperti seorang yang jaguh dalam sukan tersebut. Edy turut memberikan kata-kata nasihat untuk Nubhan supaya Nubhan terus bersemangat dalam sukan badminton yang diminati.

Bila besar nanti adik Nubhan cakap dia mahu jadi pemain badminton, mahu mengharumkan nama Malaysia, semoga adik Nubhan akan dapat capai cita-cita dia. Doakan ya..

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen mendoakan Nubhan agar cita-citanya tercapai suatu hari nanti.

Nubhan 1

Wah! Moga berjaya adik Nubhan!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.