in

“Pernah jadi juruterbang, jurutera” – 6 Tahun Diburu, Penyamar Ala Filem ‘Catch Me If You Can’ Akhirnya Ditangkap

Syaz Ft 2024 10 04T162221.391

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai yang tahu atau pernah menonton filem Hollywood terkenal Catch Me If You Can lakonan Leonardo DiCaprio yang memaparkan hidup seorang con-man atau penipu yang menyamar untuk mendapat keuntungan.

Terbaru, seorang lelaki di Ipoh melakukan jenayah hampir sama dengan filem itu, dia menyamar untuk memperdaya mangsa dengan memberikan tawaran pekerjaan.


Artikel berkaitan: 3 Doktor Pakar Direman Kerana Tipu Tuntutan Perkeso RM 2.1 Juta

Artikel berkaitan: Takut Dimarahi Ibu Sebab Balik Sekolah Lambat, Budak 13 Tahun Tipu Kononnya Hampir Diculik Van Putih

Mohamad Faizul Baharudin dilaporkan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera syarikat minyak dan gas serta pelbagai profesion lain untuk memperdaya mangsa.

Menurut laporan Berita Harian, dia berjaya ditahan polis Selasa lalu selepas dilaporkan menjadi buruan selama enam tahun lalu didakwa di hadapan Majistret Siti Nora Shariff, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Bapa lima anak itu didakwa dengan curang menipu Latipah Ahmad Sudan dengan mendorong mangsa menyerah wang tunai RM24,000 untuk mendapat pekerjaan jurutebang yang tidak wujud.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.