in

Pernah Jadi Ikon Internet, Balltze Si Anjing Mati Kerana Kanser

1anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seekor anjing yang terkenal kerana sering dijadikan meme dilaporkan pergi buat selamanya selepas bertarung nyawa melawan kanser sejak Disember lalu.

Anjing yang sering kelihatan dalam meme ‘perbandingan masa’ dilapor menghembuskan nafas terakhir pada 18 Ogos, semalam.


Screenshot 2023 08 20 at 12.12.34 PM

Memetik laporan Deccan Herald kematian anjing baka Shiba Inu bernama Balltze itu dimaklumkan oleh tuannya melalui Instagram rasmi anjing tersebut, @balltze.

”Ball Ball ‘tertidur’ pada pagi Jumaat semasa pembedahan thoracentesis terakhirnya. Awalnya, kami merancang untuk mengatur sesi kemoterapi atau apa-apa rawatan yang lain selepas pembedahan ini, namun kini semua sudah terlambat,” kata tuan anjing tersebut.

Pemilik Ball Ball dalam pada itu memujuk orang ramai agar tidak bersedih atas pemergian anjing yang paling disayangi dalam dunia internet.

Jangan bersedih, ingatlah kegembiraan yang telah dibawa Ball Ball dalam dunia ini.

Anjing Shiba Inu yang memiliki wajah bulat dan sentiasa tersenyum telah membantu ramai orang sewaktu pandemik dan membawa kegembiraan kepada semua dan kini misinya sudah selesai.

Screenshot 2023 08 20 at 12.12.09 PM

Akaun itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat Balltze sejak beberapa bulan yang lalu.

 

Baca: “Dia tinggalkan makanan…” – Perwatakan Anjing Berubah Lepas ‘Kawan Baik’ Pergi Selamanya

Screenshot 2023 08 20 at 12.13.36 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.