in

Pernah Diejek Jadi Polis Bantuan, Lelaki Tak Kisah Tolong Kawan ‘Loaded’ Bayar Hutang Ah Long

Untitled Design 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kehidupan ini, pasti ramai di antara kita yang pernah menjadi ‘mangsa cacian’ dan ejekan oleh orang sekeliling, tidak kira keluarga, saudara bahkan rakan sekalipun. Adapun daripada mereka memandang rendah mengenai pilihan pasangan atau kerjaya kita, namun sifat memaafkan itu lebih mulia dan terbaik.

Baru-baru ini, seorang anggota polis bantuan, Ikhmal Afiq Imran telah menzahirkan rasa kecewanya terhadap masyarakat yang sering menganggap kerjayanya sebagai polis bantuan remeh dan tidak hebat.


Menurut Ikhmal, sebelum ini dia pernah menjadi kerani awam namun berhenti kerana ingin mencuba benda yang baharu.

Selepas tiga bulan menganggur, dia menerima tawaran daripada kawan sekolahnya untuk bekerja sebagai polis bantuan. Habis sahaja temuduga, dia melahirkan rasa syukur setelah diterima untuk menjadi polis bantuan.

Artikel berkaitan:Padan muka ibu meninggal” – [VIDEO] Anak Shuib Diejek Rakan Sekolah, Netizen Minta Parent Jaga Adab Anak

“Saya pergi temuduga, Alhamdulillah daripada 30 lebih orang yang mencuba, saya antara yang terpilih. Rasanya dalam 20 orang je yang ‘lepas’.”

Dipendekkan cerita, selepas dua bulan dan dua minggu menjalani Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB), Ikmal telah menjadi anggota polis bantuan pada tahun 2015 secara rasmi.

Polis

Walaupun sudah berpenat lelah memperolehi kerja itu, ada juga rakannya yang sering melemparkan kata-kata ejekan yang mengguris hatinya.

Menurut Ikhmal, ketika sedang bertukar-tukar cerita hidup bersama rakan sekolah, ada seorang daripada mereka yang tiba-tiba menyampuk lalu memberikan kata-kata kesat kepadanya. Namun begitu, dia mengambil keputusan untuk diam dan hanya senyum sahaja.

“Dia siap sebut entah-entah saya setahun dua je boleh tahan kerja polis bantuan ni. Saya bila dengar macam tu tak tahu nak cakap apa, saya anggap gurauan kawan je, jadi saya cuma senyum.”

Tambahnya lagi, rakan yang ‘mengata’ mengenai kerjaya dia merupakan seorang bekerjaya dan mempunyai pendapatan yang stabil di antara semua rakan sekolahnya itu.

“Kawan saya tu tak dapat dinafikan kalau banding antara kami semua, dia antara yang loaded.”

Artikel berkaitan: Wanita OKU Terpaksa Diangkat Polis Bantuan Gara-gara Lif KTM Dah Bertahun Rosak?

Meskipun dilemparkan kata-kata sebegitu, dia tetap mengambil pendekatan untuk terus bersyukur kerana dapat membiayai keluarga, komitmen dan dalam bahasa mudahnya, hidup selesa.

Akan tetapi, selepas 7 tahun peristiwa itu berlaku, Ikhmal terkejut kerana rakannya ini tiba-tiba datang kepadanya dalam keadaan terdesak lalu meminta Ikhmal untuk meminjamkan sejumlah wang, RM 1000.

Rupa-rupanya, dia kehilangan kerja disebabkan pandemik Covid-19, dan asbab komitmen yang tinggi, dia terpaksa meminjam Ah Long untuk teruskan hidup. Alangkah malangnya, dia tidak dapat bayar balik pinjaman itu sampai dikacau oleh Ah Long.

“Memang dia kena ugut habis, siap ada flyers (risalah) lagi Ah Long edarkan letak muka kawan saya cakap ‘wanted’.”

Namun, disebabkan rasa kasihan pada kawan dan anak-anaknya, Ikhmal tetap menolong dan memberi bantuan sewajarnya walaupun pernah dicerca oleh rakannya itu. Malah, dia turut minta nombor Ah Long itu untuk selesaikan sendiri masalah kawannya itu mengikut kemampuannya.

Pengajarannya di sini, jangan sesekali kita menghina kerjaya orang lain dan berbangga dengan kerjaya sendiri kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan. Ingat tau!

Sumber : mStar

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.