in

“Pernah bertanding dalam PRU 14” – Bekas Ahli Politik Antara 11 Ditahan Kes Pemerdagangan Orang

ahli politik pemerdagangan orang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa.

Dalam kata lain, ia merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).


Hari ini, dilaporkan seorang bekas ahli politik yang bertanding pada PRU14, telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemerdagangan manusia.

Menurut BFM News, suspek yang bergelar Datuk itu membuka pusat pemulihan penagih dadah dan arak di Nibong Tebal, dia dikatakan telah mengambil kesempatan ke atas penghuni pusat terbabit untuk melakukan kerja-kerja berat.

11 horz33

Difahamkan, ahli politik itu pernah bertanding di kedua-dua kerusi parlimen dan negeri pada pilihan raya umum lalu, tetapi gagal memenangi kerusi dan juga kehilangan wang depositnya, dia merupakan antara 11 orang yang ditahan berhubung kes itu.

Pihak polis Pulau Pinang turut menyelamatkan 13 mangsa yang kesemuanya adalah lelaki yang mendapatkan rawatan di pusat tersebut dan beberapa keluarga mangsa sindiket tersebut turut membayar pusat itu RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.

Tidak dibayar dan sering dirantai

Menurut laporan yang sama, mangsa dikatakan telah dipaksa bekerja di tempat cuci kereta dan kedai makan.

Mereka tidak dibayar, tidak diberikan sebarang hari cuti dan juga diberi makanan yang amat sedikit. Malah, mangsa juga dikatakan kerap dipukul dan dirantai untuk menghalang mereka daripada melarikan diri.

Siasatan awal mendapati pusat tersebut telah beroperasi sekitar dua tahun dan kes itu kini disiasat di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran.

Baca: Polis Beri Amaran Untuk Tak Tertipu Dengan Mesej ‘Undi BN’ & Dapat RM500 E-Wallets TnG

Collage 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.