Sekarang semua tengah hype filem terbaru daripada Marvel; Spider-Man: No Way Home kan? Lagi-lagi dalam kalangan peminat Marvel Heroes. Masing-masing mesti dah beli tiket wayang awal. Semangat punya pasal!
Namun begitu, ada kisah sedih yang berlaku kepada sekumpulan warga Indonesia ini. Tiket wayang filem tersebut yang telah lama ditempah mereka tiba-tiba kena refund beberapa jam sebelum waktu tayangan!
Kisah sedih itu telah dikongsikan oleh salah seorang ‘mangsa’ refund tersebut yang dikenali sebagai Rifki Aufa. Menurut Rifki, dia telah menempah 5 tiket wayang filem tersebut bersama rakan-rakannya, lebih awal sebelum waktu tayangan (secara pre-order) melalui satu group di laman Facebook.
Oleh sebab tinggal di bandar Aceh, mereka telah pun menempah tiket wayang di Medan yang mengambil masa selama 13 jam perjalanan menaiki bas! Namun begitu, akibat kesalahan teknikal tiket wayang mereka tiba-tiba sahaja dikembalikan (refund)!



Ketika dihubungi, Rifki berkata mereka telah menempah tiket wayang filem tersebut sejak 10 Disember lalu, namun tiket itu telah dikembalikansehari sebelum waktu tayangan.
“Saya telah memesan tiket pada 10 Disember untuk 5 orang iaitu bersama rakan-rakan saya. Tiba-tiba direfund semua tiketnya pada 14 Disember, sekitar jam 1 pagi,” kata Rifki.
Rifki juga berkata, dia telah menempah kembali tiket wayang ‘Spider-Man: No Way Home’ tersebut pada 18 Disember 2021. Dia memilih panggung wayang yang lain namun masih dalam daerah Kota Medan kerana ia merupakan panggung wayang terdekat dengan daerah Aceh.
Mesti korang pelik kenapa bandar Aceh takde panggung wayang kan? Ia kerana Wilayah Khas telah melarang semua pawagam beroperasi di sana sejak tsunami 2004. Bandar tersebut telah diberikan autonomi khas oleh kerajaan Indonesia, menjadi wilayah konservatif Muslim yang mengamalkan Undang-undang Syariah.
Korang yang peminat Marvel tu agak-agak sanggup tak redah 13 jam perjalanan macam ni semata-mata nak tengok Spider-Man: No Way Home?
Sumber: Hi!Pontianak dan Twitter
Baca: Letak Syarat Lakonkan Stunt Sendiri Dalam No Way Home, Willem Dafoe Buat Peminat Respect!

