in

“Perhati ketua diorang” – [VIDEO] Lelaki Tunjuk Cara Kalau Kena Serang Dengan ‘Geng’ Monyet

cara serang monyet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehadiran haiwan liar seperti monyet dan anjing pastinya memberi satu masalah kepada kita.

Monyet liar mudah dilihat di kawasan tertentu dan dianggap haiwan perosak kerana merosakkan hasil tanaman dan menceroboh rumah.


Selalunya bila korang berhadapan dengan sekumpulan monyet, pasti akan berasa cemas dan tindakan awal adalah terus berlari, kan?

Artikel berkaitan: ”Guna 2 bahan je” – Lelaki Ini Kongsi Cara Halau Monyet Dari Ceroboh Kawasan Rumah

Artikel berkaitan: Monyet Rampas Beg Susu Anak, Wanita Merayu Pulangkan Balik

Bagaimanapun, korang mungkin boleh mencuba tip yang diajar oleh lelaki ini jika berhadapan dengan sekumpulan monyet liar secara tiba-tiba.

Screenshot 2024 05 02 172048

Menurut pengguna TikTok @syafiqbibs, jika seseorang berhadapan dengan monyet liar yang ingin menyerang, tindakan pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memegang apa-apa barang di tangan.

Kemudian, perlahan-lahan mengundur diri sambil memerhatikan ketua mereka. Ketika ini, kumpulan monyet itu akan mulakan langkah dengan memanggil ‘abang besar’ untuk berhadapan dengan manusia.

Apabila nampak haiwan liar itu menunjukkan reaksi ingin menyerang, angkat barang yang dipegang dan tunjuk gaya seperti membaling.

Katanya, ulang gaya yang sama seperti membaling sambil mengundurkan diri ke tempat yang lebih selamat.

“Teruskan pandang, bagi warning,” tulisnya.

Namun, kalau korang nampak kumpulan monyet liar dari jauh, segera keluar dari kawasan itu. Katanya, cara yang diajar itu boleh digunakan jika berada dalam kecemasan seperti situasi yang ditunjukkannya.

@syafiqbibs

Fight or flight? ?✈️ #Kampung #CapCut

♬ Intense Music(850540) – Pavel

Boleh guna tip ni jika kena serang dengan monyet liar. Tapi, kalau dari awal boleh elak, kita elakkan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.