in

“Percaturan Allah” – Bayi Yang Ibunya Meninggal Dunia Dalam Tidur Terima Susu Dari Ibu Arwah Bayi Handzalah

jadi ibu susuan bayi faleeq ibu handzalah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal tahun ini, kita diperdengarkan mengenai kisah dua keluarga yang mengalami kehilangan yang sangat memilukan.

Kisah yang pertama mengenai seorang bayi yang kehilangan ibu yang meninggal dunia dalam tidur. Wanita ini dikatakan ‘pergi’ dalam pelukan suaminya selepas selesai menyusukan anak yang berusia dua bulan.


470347404 18054665845948179 5084867762782273976 n 768x960 1

Kisah yang kedua pula berkenaan seorang wanita yang mana anaknya dilaporkan meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska dekat Bandar Saujana Putra, baru-baru ini. Bayi lelaki yang dikenali sebagai Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan dikatakan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Cyberjaya.

2960397

Artikel berkaitan: Kes Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, Ada Yang Salahkan Ibu Bekerja

Artikel berkaitan: “Jangan berhenti susukan anak” – Ibu Positif Boleh Hasilkan Antibodi Covid-19 Untuk Bayi

“Allah pertemukan kami” 

Namun siapa sangka, kedua-dua keluarga yang sedang berhadapan dengan rasa sedih ini akhirnya dipertemukan atas sebab yang tidak terjangka.

Semuanya bermula apabila wakil keluarga wanita yang meninggal dalam tidur ada meminta bantuan untuk mencari ibu susuan buat bayi yang berusia 2 bulan itu.

Screenshot 2025 01 10 at 9.33.00 PM

Semalam, ibu kepada bayi Handzalah, Sri Wahyuni Rahman, 28, dilihat memuat naik IG story memaklumkan keluarganya dan keluarga bayi yang kehilangan ibu itu telah dipertemukan.

Bayi yang dikenali sebagai Faleeq itu juga telah menerima susu daripadanya yang juga baru kehilangan anak. Alhamdulillah… 

ibu susuan

Faleeq baru kehilangan ibunya yang meninggal dunia dalam tidur. Susu Handzalah kini milik Faleeq. Percaturan Allah. 

“Ibu doakan semoga awak membesar menjadi anak yang soleh dan patuh, ya. Comel dia. Muka pun nak sama dengan Handzalah,” tulis Sri Wahyuni.

Apa-apapun kita doakan semoga pertemuan ini dapat merawat luka kehilangan orang yang tersayang dan semoga bayi bernama Faleeq ini membesar menjadi anak yang soleh. Amin… 

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.