Seorang wanita warga Russia tampil membuat laporan polis selepas tular rakaman video yang merakam dirinya ketika muncul dalam siaran langsung seorang pempengaruh lelaki di sebuah restoran baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Threads, Alice Kasimova menjelaskan bahawa dia mengambil langkah tersebut selepas dinasihati individu sekeliling yang risau akan keselamatannya.
Artikel berkaitan: “Always the hauk one” – Meluc*h Terhadap ‘Stranger’ Semasa Live, Netizen Kecam Tindakan TikToker
Artikel berkaitan: TikToker Mohon Maaf Isu Meluc*h Dalam Live, Tak Kisah Jika Netizen Terus Kecam Diri B*doh
View on Threads
“Saya pergi ke balai polis bukan kerana marah, tetapi jika saya berdiam diri ia hanya melindungi individu yang menyakitkan orang lain. Tiada wanita patut berasa takut untuk mempertahankan diri,” katanya.
Wanita warga asing itu turut berkongsi salinan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.37 pagi tadi. Dia kini menunggu tindakan lanjut daripada pegawai penyiasat berhubung kes berkenaan.
Sebelum ini, tindakan seorang pempengaruh lelaki yang membuat siaran langsung sambil bersembang lucah dengan pengikutnya mengenai seorang wanita yang duduk berhampiran tanpa kebenaran menimbulkan kemarahan orang ramai.
Difahamkan, wanita terbabit dirakam ketika sedang makan di sebuah restoran, namun lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.
Sumber: Threads
