Donald Trump baru-baru ini, menawarkan ganjaran AS$50 juta (kira-kira RM235 juta) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro.
Peguam Negara AS, Pam Bondi berkata dalam satu video yang dimuat naik di platform X bahawa Maduro menggunakan kumpulan pengganas asing seperti Tren de Aragua, Sinaloa dan Cartel of the Suns untuk menyeludup dadah berbahaya dan membawa keganasan ke Amerika Syarikat.
Artikel berkaitan: [TERKINI] Trump Umum Tarif Malaysia 19%
Artikel berkaitan: “Bengkak kaki, tangan lebam” – Donald Trump Hidap Penyakit Urat Kronik
Today, @TheJusticeDept and @StateDept are announcing a $50 MILLION REWARD for information leading to the arrest of Nicolás Maduro. pic.twitter.com/D8LNqjS9yk
— Attorney General Pamela Bondi (@AGPamBondi) August 7, 2025
Menurutnya, Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) setakat ini merampas 30 tan kokain yang dikaitkan dengan Maduro dan sekutunya termasuk hampir tujuh tan yang disahkan berkait terus dengan Maduro sendiri.
“Kokain yang diseludup hasil kegiatan jenayah Maduro ini sering dicampur dengan fentanyl dan mengorbankan serta memusnahkan begitu banyak nyawa rakyat Amerika,” katanya.
Difahamkan, Presiden Venezuela itu telah didakwa di Mahkamah Persekutuan Daerah Selatan New York sejak Mac 2020 atas pelbagai kesalahan berkaitan penyeludupan dadah termasuk aktiviti narco-pengganas, konspirasi mengimport kokain, memiliki senjata berat serta perancangan jenayah menggunakan senjata mesin dan peralatan pemusnah.
Susulan dakwaan itu, pentadbiran Trump ketika penggal pertama pemerintahannya menawarkan ganjaran AS$15 juta (RM70 juta) bagi penangkapannya.
Sumber: Harian Metro, X