in

Penyelidik Didakwa Berjaya Temui Ubat Kanser, 18 Pesakit Sembuh Lepas Jalani ‘Experiment’ 6 Bulan

penawar kanser

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, setakat ini masih belum ada penawar untuk apa-apa penyakit kanser dan hanya ada rawatan yang mungkin boleh menyembuhkan seperti kemoterapi.

Bagaimanapun, baru-baru ini Dr. Luis A. Diaz Jr. dari Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering telah menerbitkan sebuah kertas kerja di Jurnal Perubatan New England memberitahu mengenai keputusan yang tak pernah didapati sebelum ini selepas membuat kajian yang ditaja oleh syarikat perubatan GlaxoSmithKline, lapor New York Times.


Saya percaya ini pertama kali berlaku dalam sejarah kanser.”

Dalam kajian kecil yang dibuat melibatkan 18 pesakit kanser rektum, setiap satu dari pesakit ini telah mengambil ubat yang sama dan mendapatkan keputusan yang mengejutkan di mana kanser pada setiap pesakit hilang dan tak boleh dikesan oleh pemeriksaan fizikal termasuk endoskopi, imbasan PET atau MRI.

Chemo AP 763297742944

Untuk pengetahuan korang, 18 pesakit ini telah melalui rawatan yang sangat intensif seperti kemoterapi, radiasi dan pembedahan. Mereka menyertai kajian ini dengan pemikiran bahawa selepas ianya berakhir, mereka perlu menjalani rawatan intensif semula.

Mereka tak expect yang tumor akan hilang dan tiada rawatan lanjut diperlukan selepas itu. Banyak tangisan kegembiraan.”

Ubat kanser yang dipanggil Dostarlimab tersebut telah diberikan setiap tiga minggu selama enam bulan kepada setiap pesakit kanser dan satu dos ubat ini berharga $11,000 (RM48.3k).

https prod.static9.net .au fs 7cfdfc9d 71d7 4365 bcd0 1e46871b8117

Tak seperti kemoterapi yang akan musnahkan sel yang baik dan yang buruk, ubat ini boleh mengenalpasti sel kanser dan membenarkan sistem imunisasi untuk musnahkan sel tersebut.

Bukan sahaja selepas enam bulan tumor di dalam kesemua 18 pesakit ini hilang malah mereka telah pun bebas kanser selama dua tahun!

Bagaimanapun, pengkaji menjelaskan masih belum cukup orang yang terlibat dalam kajian ini untuk mengetahui kesan sampingan ubat tersebut dan keputusan ini perlu diulang semula dan memberi amaran untuk tidak membuat kesimpulan bahawa kanser ini telah hilang selama-lamanya.

Kalau betul ubat ni memang mujarab, memang berita baik untuk semua orang kan?

 

Baca: Perjuangan 11 Tahun Bawa Hasil, Elyana Kini Bebas Kanser Limfoma

1 7 758x399.jpg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.