in

Penjaga Gol Futsal Maut Selepas Selamatkan Sepakan Penalti

Penjaga Gol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aksi futsal di Brazil bertukar tragedi apabila penjaga gol pasukan amatur Sind Motos, Antonio Edson dos Santos Sousa, 34, meninggal dunia sejurus selepas menyelamatkan sepakan penalti.

Insiden berlaku di Augusto Correa ketika Dos Santos Sousa menahan rembatan kencang menggunakan dadanya sebelum meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan. Namun, beliau tiba-tiba rebah di tengah gelanggang, sekali gus mencetuskan suasana panik.


Screenshot 2025 09 06 at 11.47.29 AM

Artikel berkaitan: Bakal Terima Knighthood, Lagenda Bola Sepak David Beckham Bakal Bergelar ‘Sir’

Artikel berkaitan: Mohamed Salah Tuntut Penjelasan UEFA Tentang Kematian ‘Pele Palestin’

Pasukan perubatan segera memberikan rawatan kecemasan sebelum membawanya ke hospital, namun pemain berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan.

Tragedi itu mengejutkan komuniti sukan tempatan yang menyifatkan Dos Santos Sousa sebagai pemain berdedikasi dan disenangi ramai. Sebagai tanda penghormatan, semua perlawanan futsal keesokan harinya ditangguhkan.

Pemergian Dos Santos Sousa meninggalkan kesan mendalam kepada rakan sepasukan dan peminat futsal Brazil, sekali gus menutup kariernya dengan cara yang amat memilukan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.