Tidak dinafikan dialek adalah antara keistimewaan yang ada dalam budaya Malaysia yang sangat unik.
Tapi pernah tak korang dengar dialek negeri kita campur dengan bahasa luar?
Kalau korang tak pernah dengar, ada satu video Tiktok yang tular menerusi Twitter dikongsikan Arissa menunjukkan seorang ‘wanita’ dari Thailand bercakap dengan dialek Kelantan. Best giler dengar tau!
“Kalu laki ore nok ke che, che nok lalu!”
Pernah dengar tak orang bercakap dia mix kan bahasa thailand dengan kelantan? tapi part last tu lawak??♀️ pic.twitter.com/kRSkT7osCg
— Arisaa อาริสา (@imqtsu) September 22, 2020
Dalam video tersebut, ‘wanita’ yang dikenali sebagai Khundearrada K. Natthakhan sedang berbual kosong dengan rakannya. Apa yang membuatkan ianya lebih menarik adalah dialek dan aksi Khundearrada dalam video tersebut.
Menerusi perkongsian Arissa pada tweet yang lain, dia memaklumkan bahasa yang digunakan ‘wanita’ adalah bahasa Melayu-Pattani.
“Normally start dari sempadan thai-kelantan, dorang guna loghat gini even dekat kelantan area tumpat, rantau panjang, sungai golok, bukit bunga pun cakap campur macam ni.”
“Tapi kalau start dekat Bangkok dan ke belah utara (Khon Khaen, Chiang Mai) dia dah tak ckp gini dah.”
Netizen juga turun terhibur dengan meninggalkan komen dan berkongsi video-video lain dari Tiktok Khundearrada.
Kalau korang nak tengok lagi banyak video boleh usha Tiktok Khundearrada