Ribut kuat yang membadai Kuala Lumpur semalam telah mengakibatkan beberapa tragedi berlaku termasuklah dinding panel di LRT Masjid Jamek runtuh dan difahamkan khemah peniaga di bazar Jalan TAR juga terjejas serta mengalami kerosakan yang teruk.
Kejadian yang berlaku di bazar Jalan TAR itu kemudian tular di TikTok dan dapat dilihat sekumpulan peniaga di situ memarahi DBKL selepas khemah niaga mereka tumbang kerana ribut.
@zainonjohan
Artikel berkaitan: Peniaga ‘Naik Hantu’ Lepas Disuruh Alihkan ‘Food Truck’, Bertindak Gig*t Pegawai DBKL
Artikel berkaitan: “30 tahun hidup first time ni” – Robohkan Gerai Warga Asing Di Pasar Chow Kit, Netizen Puji DBKL
“DBKL, tolonglah takkan diam je?”
Menerusi video itu, dapat dilihat keadaan bertukar menjadi panas apabila sekumpulan peniaga dilihat menjerit-jerit dan memarahi pegawai DBKL yang berada di situ.
Malah ada juga di kalangan peniaga wanita yang beremosi dan meminta pegawai DBKL datang untuk melihat keadaan mereka yang terjejas di situ.
Datang tengok, marilah!”
“Semua hancur!”
“DBKL, tolonglah takkan diam je?”
@zainonjohan 11 ramadhan 2025: Tragedi bazaar jalan TAR menangis. Kaedah back to back yang digunakan menjadi faktor perkara sebegini terjadi, dimana hati nurani @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menurun kan tangan untuk membantu sekadar mendiamkan diri. Suara peniaga langsung tidak dihiraukan pantaskah? DBKL KENA BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEMUA KERUGIAN YANG DI ALAMI OLEH PENIAGA @Dr Zaliha Mustafa #fyp #dbkl
Kebanyakan khemah yang berada di situ juga dilihat rosak teruk yang mungkin menyebabkan peniaga mengalami kerugian kerana barangan jualan juga terjejas gara-gara kejadian ini.
“Bencana alam ini kuasa Allah, tak boleh nak salahkan orang lain”
Video tersebut walau bagaimanapun menerima respon berbelah bahagi daripada netizen yang menganggap kejadian ini berlaku kerana bencana alam dan bukannya salah DBKL.
Para peniaga juga dinasihatkan untuk bersabar dan menerima ujian ini dengan hati terbuka.
Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan netizen yang meluahkan rasa kecewa mereka dengan DBKL yang dikatakan tidak membantu peniaga dan mengatakan kualiti serta susunan khemah tersebut menjadi punca kejadian ini berlaku.
Apa-apapun kita doakanlah semoga urusan para peniaga ini dipermudahkan… Bab bencana alam ni memang di luar jangkaan.
Sumber: TikTok