Peniaga Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Lorong Haji Taib mendakwa perniagaan mereka terjejas teruk kerana kurang sambutan daripada pengunjung.
Seorang peniaga bernama Omar Osman berkata, ramai peniaga mengeluh kerana bazar kurang mendapat sambutan, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Ramai peniaga yang menarik diri, mereka tidak sanggup lagi untuk menanggung kerugian akibat kurang sambutan.
“Bazar yang diuruskan DBKL ini sepatutnya lebih meriah terutama menjelang perayaan,” katanya.
Artikel berkaitan: “Saya rasa ramai lebih selesa beli online” – Peniaga Dakwa Jalan TAR Dah Tak Semeriah Dulu?
Artikel berkaitan: Peniaga Bazar Jalan TAR Hamun DBKL Lepas Khemah Niaga Rosak Akibat Dilanda Ribut
Seorang lagi peniaga di Bazar Lorong Haji Taib, Rosni Husin berkata, dia yang berniaga sejak tahun 1997 terkilan dengan pelbagai arahan terbaharu dikeluarkan DBKL.
“Saya tidak pernah kerugian seteruk ini, tahun ini adalah tahun paling sukar bagi kami peniaga-peniaga di sini.
“DBKL pula minta peniaga untuk berkemas dan menutup gerai serta tidak membenarkan perniagaan dijalankan selepas jam 12 tengah malam,” katanya.
Presiden Persatuan Peniaga anggap DBKL gagal?
Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, DBKL dilihat gagal menguruskan bazar sepenuhnya.
Katanya, hanya 19 peniaga yang masih menjalankan perniagaan berbanding 150 tapak yang disewa daripada DBKL.
“Dengan harga sewaan RM2,700 pun peniaga masih mendakwa rugi kerana tiada sambutan,” katanya.
Justeru, Rosli menggesa DBKL mengambil langkah segera termasuk berbincang dengan pihak persatuan bagi mencari jalan keluar isu terbabit.
Hmm, tapi min baru je tengok video bazar jalan TAR sesak dengan pengunjung…
Sumber: Harian Metro