Seperti adegan filem, lapan orang pengunjung mengalami situasi cemas apabila roller coaster yang dinaiki tidak berfungsi secara tiba-tiba.
Kejadian dilaporkan berlaku pada Ahad lalu di sebuah Festival Forest County di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS).
Pada hari kejadian, roller coaster tersebut mengalami kerosakan mekanikal, membuatkan ia berhenti secara terbalik ketika sedang melalui laluan berbentuk bulat. Difahamkan, lapan orang mangsa terpaksa menunggu lebih tiga jam sebelum bantuan tiba.
Menerusi sebuah video yang tular, kelihatan pihak bomba memanjat rangka trak roller coaster, sementara penumpang menunggu ketibaan mereka secara terbalik.
@cnn Eight roller coaster riders were trapped upside down for hours on the ‘Fireball’ amusement ride at the Forest County Festival in Wisconsin. #cnn #news #rollercoaster
Menurut wakil bomba, terdapat kegagalan fungsi pada roller coaster tersebut yang membuatkan ia tersangkut pada trak. Mereka juga mendakwa kejadian seperti ini adalah kali pertama berlaku sepanjang bertugas di situ.
“Terdapat kegagalan mekanikal dengan tunggangan di mana ia tersangkut dalam kedudukan tegak. Jabatam kami tidak pernah mengalami situasi yang ini” kata wakil bomba, Kapten Brennan Cook kepada sumber.
Penumpang pertama berjaya diselamatkan dan turun ke bawah pada jam 3.20 petang pada hari yang sama. Manakala penumpang terakhir berjaya dibawa turun pada jam 5.01 petang, tiga jam selepas pihak bomba tiba.
Untuk rekod, tiada kecederaan dan kematian yang dilaporkan.
Kredit: CNN
BACA: Stres bekerja, Lelaki Nekad Lari Masuk Hutan, Hubungi Bomba Lepas 6 Hari