Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada petang dan awal malam menjelang hujung September hingga hujung Oktober lalu.
Manakala sepanjang Monsun Timur Laut, negeri Kelantan dan Terengganu dijangka menerima hujan lebat atau musim tengkujuh bermula pada awal November ini hingga Mac tahun hadapan.
Ada bendera merah tapi masih ramai?
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh satu akaun bernama Hilang13 di aplikasi TikTok, individu ini merakam suasana di satu pantai di Malaysia yang tidak didedahkan lokasinya.
Menurut individu ini, pantai tersebut masih dikunjungi orang ramai dan beberapa kumpulan dilihat bermandi-manda di tepi pantai meskipun pantai tersebut sudahpun diletakkan empat bendera merah.
“Abaikan bendera merah…jika berlaku jangan salahkan kami”, jelas individu ini.
“Bukan semua orang faham maksud bendera tu…”
Situasi ini menimbulkan persoalan kepada warganet, mengapa masih ada pengunjung yang bermandi-manda meskipun sudah diberi amaran menerusi pacakan bendera?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat tidak semua orang tahu akan maksud warna bendera tersebut.
Malah, ada warganet yang mengaku bahawa mereka baru tahu maksud bendera merah di pantai selepas menonton video tersebut.
Maksud bendera merah
Menurut seorang warganet, setiap warna bendera yang dipacak di pantai ada maknanya yang tersendiri. Satu bendera merah sahaja bermaksud pengunjung tidak boleh berenang di pantai.
Dua bendera merah pada satu tiang pula bermaksud pantai tersebut ditutup buat orang awam.
Manakala bendera berwarna merah kuning bermaksud pengungjung selamat melakukan aktiviti di laut dan akan diawasi oleh penyelamat pantai.
Pada musim tengkujuh ini, dinasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati jika mahu berkunjung ke kawasan sungai atau pantai. Periksa dahulu ramalan kaji cuaca sebelum bergerak ke sesuatu lokasi.
Semoga perkongsian ini bermakna buat kita semua.
BACA: HATI-HATI, Ini Senarai ‘Hot Spot’ Kerap Berlaku Kejadian Mati Lemas Dari Jabatan Bomba