Pantai Port Dickson antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai pada waktu cuti terutama pada musim cuti sekolah.
Sejak kebelakangan ini, ada sahaja isu yang diluahkan mengenai pantai peranginan di sini sama ada dari pihak peniaga dan pengunjung.
Seorang pengguna Facebook yang juga pengunjung di situ memuat naik hantaran meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj sebanyak RM5 hanya kerana bentang tikar di kaki lima.
“Sekarang ni pergi Port Dickson semua kena bayar eh? Smart betul!
“Kau duduk dekat kaki lima ni, letak tikar pun kena bayar RM5. Bukannya (kami) duduk dekat tapak perkhemahan itu pun. Baik kau koba air laut tu pun kau bayar sewa,” kata pengadu.
Susulan perkara itu, pengadu juga sempat memerli berkemungkinan ada lagi caj ‘tidak masuk akal’ dikenakan jika ia masih berlarutan sebelum meminta Majlis Perbandaran Port Dickson memantau isu ini.
Perkara ini juga telah membuka ruang kepada orang ramai berkongsi pengalaman yang hampir sama.
Bukan sahaja mahal, mereka yang pernah berkunjung di sana turut mengadu mengenai isu caj ‘yang bukan-bukan’ di situ.
Pun begitu, ada juga netizen yang mempertahankan tindakan pihak berkenaan mengenakan caj tersebut. Berkemungkinan caj tersebut dikenakan kerana kawasan di situ adalah hak persendirian dan dijaga elok berbanding kawasan lain.
Jadinya, cara yang lebih selamat adalah buat research dulu sebelum datang ke lokasi tersebut.
Baca: Port Dickson Lengang Kerana Pengunjung Tak Selesa Dengan Deretan Khemah Biru?