Ketua Pengarah Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon memberi bayangan berkemungkinan ketum bakal dimasukkan dalam senarai dadah yang mendatangkan ketagihan tidak lama lagi. Secara tidak langsung, penggunanya perlu mendapatkan rawatan.
Tambahnya lagi, perkara tersebut bakal membolehkan pihak berkuasa bagi membuat penahanan dan merawat penagih ketum yang sekarang ini tidak diperuntukkan dalam undang-undang kerana tiada dalam senarai yang memerlukan rawatan.
Menerusi laporan FMT, ketua pengarah tersebut mendedahkan ketika ini sekiranya individu yang tertangkap didapati khayal akibat ketum, mereka akan dilepaskan dan buat masa ini, cara yang digunakan untuk merawat penagih ketum ini adalah pujukan secara sukarela. Kemudian mereka akan mendapatkan rawatan secara percuma.
Hal ini kerana, memiliki daun ketum atau air ketum adalah salah disisi undang-undang kerana ia mengandungi racun mitragynine yang disenaraikan sebagai bahan terkawal di bawah Akta Racun.
Ketika ini, AADK dan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha untuk menyenaraikan ketum dalam senarai dadah yang mendatangkan ketagihan selain Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 perlu dipinda.
Jika diikutkan statistik yang diberikan ketua pengarah tersebut, kita-kira 20% daripada 10,000 individu yang datang mendapatkan khidmat rawatan dengan AADK mengakui ketagihan ketum. Untuk rekod, AADK mempunyai kira-kira 80,000 klien setakat ini. Ini bermakna penagih ketum sekitar 16,000 orang.
Untuk mengeruhkan lagi keadaan, kebanyakan daripada penagih atau peminum air ketum ini akan mencampurkan bahan tersebut dengan pelbagai lagi dadah atau bahan lain bagi meningkatkan raya ‘khayal’ kerana ianya mudah diperolehi dan murah.
Baru-baru ini, hangat dibincangkan tentang ketum setelah Jemaah Menteri dilaporkan telah memberi kebenaran untuk menanam ketum dan juga hem bagi tujuan perubatan.
Jadi, satu-satunya cara untuk mengurangkan kos rawatan bagi penagih yang difahamkan menelan belanja sekitar RM 450 juta setahun ini adalah dengan mengurangkan bilangan individu yang mendalami ketagihan dadah.
Baca : Kajian Mengenai Ketum Oleh Pakar Tempatan Terima Anugerah Penyelidikan Antarabangsa