in

Pengguna Kecam Tak Nak Beli Produk Kerana Sokong Palestin, Founder Huda Beauty Bagi Jawapan Padu

Ft Huda Beauty Sokong Palestine

Dalam ramai-ramai orang ternama menyokong Israel berkenaan dengan isu perang di Gaza ini, masih ada golongan yang berpengaruh tampil memberikan sokongannya terhadap Palestin.

Salah seorangnya adalah pengasas produk kosmetik terkenal di seluruh dunia, Huda Beauty iaitu Huda Kattan. Beliau dilihat begitu lantang dalam memberikan sokongannya terhadap Palestin, namun begitu ada pengguna produk kosmetik telah mengecamnya kerana sokongan itu.

Artikel Berkaitan : Konflik Israel-Palestin: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang Konflik Terpanjang Di Dunia

Artikel Berkaitan : IG Pelakon Wonder Woman Jadi Tumpuan Sebab Sokong Israel

Dalam satu ruangan komen, seorang pengguna itu menemplak Huda dengan mengatakan bahawa ramai rakyat Israel dari seluruh dunia telah menyokong produk kosmetik itu. Dia menzahirkan rasa kecewa kerana Huda memilih Gaza.

Screenshot 2023 10 16 165932

Malah pengguna itu juga memberikan kata-kata lancang kepada Huda bahawa mungkin tiada orang Israel akan menyokong produk miliknya sambil mengutuk bahawa orang-orang Gaza takkan ada duit untuk membeli produknya itu.

Tidak berdiam diri, Huda memberikan respon ringkas tapi padat dan ia mendapat perhatian rakyat Malaysia sebelum tular di platform media sosial, X.

Screenshot 2023 10 16 165959

Dalam masa 3 jam, perkongsian kenyataan savage daripada Huda ini tular dan meraih lebih daripada 4,800 jumlah perkongsian di platform X.

Ramai netizen memuji Huda dan dalam masa yang sama, ramai juga memberikan review baik terhadap kualiti produk itu.

Sumber: X