Susulan penamatan perkhidmatan Erik ten Hag sebagai pengurus Manchester United, kelab Liga Perdana Inggeris itu mengumumkan pengurusan baharu, Ruben Amorim.
Memetik laporan Mirror UK, pasukan The Red Devils itu telah mencapai persetujuan dengan Sporting Lisbon untuk mendapatkan khidmat Amorim.
Dalam mendapatkan khidmat pengurus berusia 39 tahun itu, United telah membayar yuran pampasan berserta bayaran tambahan bagi memastikan beberapa kakitangan kejurulatihan Amorim turut menyertainya di United.
Artikel berkaitan: Bekas Penyerang Manchester United, Falcao Bakal Sarung Jersi JDT Musim Depan?
Artikel berkaitan: Pemilik Baharu Mungkin Jadi Salah Satu Punca Manchester United Dilarang Beraksi Di UCL Musim Depan
Jurulatih yang berasal dari Portugal itu secara rasmi akan memulakan tugas barunya pada 11 November ini.
Untuk rekod, Amorim menamatkan kemarau 19 tahun Sporting Lisbon merangkul kejuaraan liga pada 2020/21 dan turut mengulangi pencapaian itu musim lalu.
Pasukan Lisbon sekali lagi menduduki tangga teratas Liga Primeira Portugal sekali gus melonjak reputasi Amorim.
Bekas pemain antarabangsa Portugal itu tidak mendedahkan sebarang kemungkinan untuk berhijrah ke United awal minggu ini.
Walau bagaimanapun, dalam tempoh yang singkat, Amorim telah bersetuju untuk mengepalai pasukan di Old Trafford.