in

Pengendali ‘Pest Control’ Kongsi Bahaya Guna Racun Furadan & Cara Lebih Elok Untuk Halau Kera

ft racun furadan bahaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai 2 kanak-kanak termakan keropok beracun sehingga menyebabkan satu kematian di Kedah menjadi buah mulut rakyat Malaysia.

Malah baru-baru ini, ada yang mendakwa racun yang digunakan untuk ‘perangkap’ kera di kawasan kebun itu adalah racun Furadan yang dipercayai telah diharamkan penggunaannya di Malaysia.


Disebabkan itu, seorang pengendali makhluk perosak (pest control) yang dikenali sebagai Naim rasa terpanggil untuk tampil memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai racun Furadan ini.

Artikel berkaitan : Kes Keropok Beracun: Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman 6 Hari Untuk Bantu Siasatan

Artikel berkaitan : Penyiasat KKM Temui Peket Racun Tikus Yang Diletakkan Dalam Keropok Dimakan 2 Beradik

Selain menjelaskan bahawa ia telah diharamkan penggunaannya di Malaysia, Naim menjelaskan bahawa racun ini kebiasaannya digunakan untuk orang meracun babi dan ia dijual dengan cara seludup.

Biasanya orang-orang kampung yang menggunakan racun ini terutamanya dalam kalangan petani, ada juga yang menggunakannya untuk meracun serangga dekat tanaman mereka.

Bagaimanapun, Naim menjelaskan bahawa ia sangat bahaya jika digunakan dekat tanaman kerana hasil tanaman akan meresap racun daripada taburan yang berdekatan. Jelasnya lagi, ia boleh jadi penyebab kepada penyakit kanser.

Dalam pada itu, Naim turut menjelaskan bahawa terdapat cara yang jauh lebih berkesan untuk halau kera berbanding dengan racun.

“Kalau pakai racun pun, berapa banyak kera yang kita boleh bunuh, mungkin satu dua ekor je dan akan ada banyak kali, mereka masih akan datang lagi, tapi cara yang paling berkesan guna sangkar, tangkap banyak dalam 3 ke 4 kali kita buat, mereka boleh sense yang benda tu adalah ancaman dan berbahaya.”

“Sama juga pakai electric fence, kos tu memang tinggi sikit lah, tapi nak buat macam mana, daripada kita nak membahayakan nyawa, baik kita guna yang kosnya tinggi tapi berkesan.”

@khairunnaim4

♬ original sound – NAIM PEST CONTROL – NAIM PEST CONTROL

Jelasnya, cara ini adalah lebih baik untuk menghalau haiwan-haiwan seperti kera jika nak dibandingkan dengan menggunakan racun yang boleh meragut nyawa manusia.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.