Pengembara warganegara Malaysia yang akan menaiki penerbangan di KLIA untuk ke luar negara perlu memuat turun sebuah aplikasi iaitu aplikasi MyBorderPass untuk memudahkan perjalanan.
Menurut Facebook Jabatan Imigresen Malaysia, bermula Januari 2025 iaitu pada bulan ini, pengembara Malaysia perlu memuat turun aplikasi tersebut dan mendaftar.
Kemudian, mereka perlu menggunakan kod QR dan membuat pengesahan wajah sebelum memulakan perjalanan.
Artikel Berkaitan: Lewat Daftar Masuk Penerbangan Punya Pasal, Seorang Penumpang & Staf Di KLIA Bergaduh
Artikel Berkaitan: Gangguan IT Global, Penumpang Penerbangan Di India Dapat Boarding Pass Bertulis
Memetik laporan Harian Metro, sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR di KLIA telah dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) khusus untuk rakyat Malaysia.
Difahamkan, penggunakan kod QR itu akan mengurangkan masa tempoh pelepasan imigresen jika dibandingkan menggunakan pintu automatik konvensional.
Sekali gus, penggunaan kod QR ini dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan di lapangan terbang tersebut ketika musim perayaan dan waktu puncak.