Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai Pengasas MAMASAB, Sabrina Norin bercakap mengenai isu ketuhanan di media sosial.
Video itu menjadi panas apabila pengasas tersebut katanya telah mengeluarkan kenyataan ‘Tuhan juga adalah makhluk halus’ yang menimbulkan perdebatan dan kritikan netizen di Twitter.
Sebab Tuhan juga adalah makhluk halus. Makhluk yang tak nampak. Tak boleh dipegang, tapi boleh dirasai,” katanya.
“Terima kasih ambik berat untuk mengelakkan salah faham dalam beragama”
Sedar dirinya menjadi tumpuan di media sosial dan mendapat teguran netizen, Sabrina Norin menerusi satu posting di Facebook telah membuat permohonan maaf di atas kenyataannya tempoh hari.
Menurut Sabrina, dia akui telah membuat salah dalam menggunakan perkataan ‘makhluk’ untuk menjelaskan ‘satu kekuasaan yang sangat luar biasa’ dan perkataan tersebut katanya lagi tidak sepatutnya digunakan.
https://www.facebook.com/sabrina.norin.3/posts/5004331889618141
“Bila orang menegur itu bukan bermaksud dia benci… tapi dia sayang. Sebab dia tak nak kita buat salah lagi.
“Alhamdulillah.. Syukur.. terima kasih amik berat.. Sangat luar biasa ukhwah rakyat Malaysia.. saling ingat mengingati supaya semua ke arah kebaikan dan capai matlamat kehidupan yang di tuntut,” katanya.
“Wajib dia bertaubat dan bersyahadah”
Dalam pada itu, isu ini juga telah mendapat perhatian Dr MAZA yang menerusi Twitter menjelaskan bahawa ungkapan tersebut jika disebutkan oleh seseorang yang faham maksudnya dalam keadaan sedar, maka pengucap itu menurutnya sudah terkeluar daripada Islam.
Oleh itu, dia meminta individu berkenaan untuk bertaubat kepada Allah SWT dan kembali bersyahadah semula.
Ada pihak menunjukkan 1 rakaman video kpd saya yg sseorang mngucapkan "Tuhan juga adalah makhluk halus".
Saya ingin tegas jika ungkapan ini disebutkan oleh sseorang yg faham maksudnya dalam keadaan sedar, mk pengucap itu terkeluar drpd Islam. Wajib dia bertaubat dan bersyahadah— Dr MAZA official (@realDrMAZA) December 15, 2021
Apa-apapun syukurlah pengasas MAMASAB sedar akan kesilapannya dan sudah memohon maaf. Diharapkan kita semua lebih berhati-hati bila menyebut tentang isu sebegini kerana bimbang terpesong dari agama.
Baca: Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal