Selalunya sebelum tarikh kahwin, mesti bakal pengantin perempuan akan menghabiskan masa dan wang sehabis mungkin untuk mendapatkan gaun atau baju kahwin yang paling cantik dan sesuai dengan bentuk tubuh masing-masing.
Kahwin ni sekali je seumur hidup, jadi mesti lah nak yang terbaik dari setiap segi kan.
Namun, lain pula bagi seorang pengantin perempuan ini apabila dia memakai kostum Ultraman ketika hari bahagianya.
Pengantin perempuan di China itu telah memakai kostum tersebut ketika upacara di mana pengantin perempuan akan menunggu pengantin lelaki di dalam sebuah bilik.
Lazimnya, untuk acara itu, pengantin perempuan akan memakai gaun pengantin bewarna merah atau putih, tapi pengantin ini pula pakai baju Ultraman.
Menurut portal berita Thaiger, pengantin perempuan tahu bahawa bakal suaminya itu meminati Ultraman jadi dia memutuskan untuk memakai kostum itu bagai memberi kejutan kepada pengantin lelaki.
Bakal suaminya juga memang terkejut dengan pakaian kostum pengantin perempuan namun dalam masa yang sama sangat terharu dengan kejutan wanita pilihannya itu.
Sweet betul dorang ni.
Sumber: Thaiger
Baca: Ini Kenapa Trend Gantung Baju Pengantin Pada ‘Fire Sprinkler’ Hotel Perlu Dihentikan