in

Pengantin Hilang Sehari Lepas Nikah Dijumpai, Kena Cerai Dengan Suami Di Balai Polis Sebab Lari Rumah Ex-BF

Ft Pengantin Hilang Lari0Rumah Ex Bf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persoalan mengenai hilangnya pengantin wanita di Bogor, Indonesia pada sehari selepas nikah akhirnya terjawab apabila dia telah ditemui. Ia sekaligus mengakhiri hubungan mereka sebagai suami isteri apabila si suami melafazkan cerai kepada perempuan 21 tahun ini.

Menurut sumber, Ketua Polis Sektor Ranca Bungur Hartanto Rahim mengatakan bahawa pihak polis telah berjaya menemui wanita yang dikenali sebagai Anggi Anggraeni pada hari Jumaat, 7 Julai 2023 di Bandung, dia didapati tinggal bersama bekas kekasihnya.


“Wanita itu berada di Bandung bersama bekas kekasihnya yang ada di Jakarta dan baru sahaja kembali ke rumahnya di Ranca Bungur pada hari Sabtu.”

Screenshot 2023 07 13 182250

Katanya lagi, Anggi telah dipulangkan ke rumah, Fahmi menyatakan bahawa Anggi telah diceraikan dan ingin kembalikan Anggi kepada orang tuanya serta meminta Anggi dinikahkan dengan bekas kekasihnya itu.

Dalam pada itu, Hartano menyatakan bahawa pasangan ini telah bersepakat untuk menyelesaikan masalah ini secara baik tanpa sebarang tuntutan kelak.

Untuk rujukan, Anggi sebelum ini dilaporkan hilang pada sehari selepas pernikahannya bersama Fahmi, kali terakhir dia ada mengatakan ingin membeli ayam geprek yang lokasinya berdekatan dengan rumah mereka dengan menaiki motor, berita kehilangannya itu tular selepas Fahmi membuat perkongsian di TikTok.

Baca : Misteri! Baru Sehari Bernikah, Isteri Didakwa Hilang Selama 7 Hari Tak Pulang Ke Rumah

Ft Pengantin Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.