Satu perkara mengerikan berlaku di Jasin, Melaka pada Ahad lalu di mana seorang penganggur maut selepas dipukul beramai-ramai, ia berpunca daripada mangsa itu dikatakan menunjuk kemaluannya di khalayak umum.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.30 malam, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah kira-kira 200 meter dari lokasi dia melakukan gangguan seksual itu.
Artikel berkaitan: Lelaki Tempatan Ma*t Bergaduh Dengan Rakan Sekerja
Artikel berkaitan: “Tiga suspek direman” – Penuntut IPTA Di Seri Iskandar Jadi Mangsa Puk*l Beramai-ramai
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan awal, tindakan melampuan mangsa telah menyebabkan dua individu yang berada di kawasan itu marah lalu memukul lelaki itu sebelum mangsa berjaya melarikan diri ke arah bangunan kedai berdekatan.
Beliau berkata, mangsa yang beralamat di Kesang Jasin kemudian berlari ke arah semak selain turut melintasi parit yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi pertama sebelum dia yang bertindak agresif namun berjaya ditahan orang ramai.
“Selain dua individu terbabit, terdapat tiga lagi suspek termasuk seorang pemandu lori yang membawa muatan tong gas dipercayai telah menendang kepala mangsa.
Akibat kecederaan yang dialami mangsa meninggal di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat,” katanya.
Susulan insiden itu polis berjaya menahan tujuh suspek lelaki berusia antara 15 hingga 66 tahun termasuk seorang warga Pakistan terdiri dalam kalangan orang awam, pekerja sekitar, pelanggan dan pemandu lori yang dipercayai terlibat dalam kes ini.
Difahamkan, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula Isnin oleh Mahkamah Majistret Jasin untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.
Sumber: Sinar Harian