in

Penduduk Pangsapuri Didakwa ‘Conquer’ Parking, Peniaga Food Court Naik Angin Sebab ‘Hilang’ Pelanggan

Ft Parking Permaisuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu penyebab kenapa kita akan elak makan untuk makan di sesuatu tempat adalah kerana masalah lokasi di kawasan tersebut, pendek kata, susah nak cari parking. Ya lah kan, dengan perut tengah lapar nak cari parking lagi, memang bertambah mood naik hantu nanti.

Sebagai peniaga, pastinya mereka sedar perkara ini dan ia telah memberikan kesan kepada periuk nasi mereka apabila ruangan parking awam dipenuhi kereta didakwa milik penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan tapak perniagaan mereka iaitu di Bandar Permaisuri Cheras ini.


Artikel berkaitan : Jiran Tak Puas Hati Parking Diambil, ‘Block’ Kereta Sampai Jalan Jadi Satu ‘Lane’

Artikel berkaitan : “Macam action movie” – Netizen Puas Hati Polis Guna Taktik ‘Parking Bas’ Halang Geng Motor

Dalam satu video tular di platform media sosial X ini, dilihat para peniaga begitu bengang dengan penduduk di pangsapuri yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir Medan Selera Bandar Seri Permaisuri, Cheras, KL.

Jika diperhatikan, tiada langsung ruang parkir kosong untuk para pelanggan dan ia telah membuatkan ramai peniaga naik angin sehinggakan mereka telah menampal nota di kesemua kereta yang meletakkan kenderaan mereka.

Antara memo yang ditulis oleh para peniada adalah….

“Nak makan boleh parking sini, nak balik tidur sila parking kat tempat lain. Harap maklum.”

“Jangan ‘curi’ parking pelanggan kami”

“Parking penuh pelanggan tiada…Andalah penyebabnya..”

Menjegah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa marah mereka dan majoriti mencadangkan agar lokasi tersebut dikenakan parking berbayar.

Screenshot 2024 09 04 134425 Screenshot 2024 09 04 134630 Screenshot 2024 09 04 134820

Seingat min kalau nak makan situ, biasanya min akan park tepi jalan tu, memang tak pernah pun dapat parking kat foodcourt tu.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.