in

Penduduk Gempar Letusan Gunung Marapi, Pendaki Terkandas Sempat Muat Naik Video

marapi

Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia meletus semalam sekitar jam 2.45 petang, letusan gunung berapi dengan ketinggian 2,891 meter dari aras laut ini meledakkan kepulan abu setinggi 3,000 meter dari puncak kawah diiringi bunyi dentuman.

Letusan Gunung Marapi itu turut disahkan oleh Kepala Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Agam, Bambang Wasito.

Artikel berkaitan: Gunung Berapi Di Semeru & Stromboli Meletus Pada Hari Yang Sama

Artikel berkaitan: Gunung Berapi Terbesar Dunia Mauna Lao Meletus Selepas 38 Tahun

@republikaonline

Gunung Marapi terletak di dua kabupaten, yaitu Kabupaten Agam dan Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Peristiwa meletusnya gunung ini terjadi sekitar pukul 14:55 WIB. #GunungMarapi #Meletus #Sumbar #republika

♬ original sound – Republika – Republika

Menurutnya, ketika ini pasukan BPBD Kabupaten Agam sudah berada di dua kawasan paling hampir dengan puncak iaitu Daerah Sungai Pua dan Daerah Canduang.

Penduduk di kawasan berkenaan turut menyifatkan keadaan di situ amat gelap dengan debu, penduduk di situ juga diarahkan untuk memakai pelitup muka untuk keselamatan.

Pendaki terkandas

Selain itu, tular beberapa video di media sosial yang memaparkan pendaki yang terkandas di kawasan gunung tersebut.

cats 9

Lebih menyedihkan, ada satu video yang tular memaparkan seorang gadis berusia 20-an meminta tolong dan muka serta keseluruhan badannya diselaputi debu dari letusan berkenaan.

Sebagai info, Gunung Marapi sebelum ini direkodkan pernah meletus pada 8 September 1830 dan sekali lagi pada 30 April 1979 yang menyebabkan sekurang-kurang 60 kematian.

Sumber: CNN Indonesia, X