in

Penduduk Di Perumahan Alam Budiman Buat Sekatan, Larang Orang Luar Lalu Lorong Residensi Untuk ‘Shortcut’

ft penduduk buat sekatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk di sebuah perumahan yang bertempat di Alam Budiman, Shah Alam bengang dengan sikap pengguna jalan yang menggunakan lorong dari kawasan perumahan itu sebagai ‘shortcut’ untuk menuju ke sesebuah tempat.

Dalam satu video yang kini sedang tular di media sosial, kelihatan ada penduduk yang melakukan sekatan untuk memberi amaran kepada orang luar agar tidak melalui kawasan lorong itu melainkan mereka penghuni di kawasan perumahan tersebut.


Artikel berkaitan : Polis Kesan Ibu Bapa Remaja 14 Tahun Pandu Laju Kereta Bawa 2 Adik Di Kawasan Perumahan

Artikel berkaitan : “Pernah sesat bila masuk sini” – ‘Rider’ Bawa Jalan Pusing Perumahan Di Setapak Buat Netizen Pening!

“Jangan masuk kalau bukan penduduk Alam Budiman, tak boleh masuk untuk orang luar di taman kita. Setia Alam tak boleh masuk Alam Budiman.”

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang sokong tindakan penduduk ada juga yang membangkang kerana ia bukanlah hak milik mereka. Dalam pada itu, ada individu menjelaskan laluan tersebut memang memasuki kawasan perumahan dan ia telah mengganggu ketenteraman penduduk.

Menjengah ke ruangan komen, warganet masih mempertahankan bahawa penduduk tiada hak untuk menyekat pengguna jalan, bahkan ada yang memberi cadangan agar penduduk di lorong tersebut meletakkan palang di kawasan itu.

Screenshot 2024 10 18 130554 Screenshot 2024 10 18 130654

Mungkin mereka bimbang dengan keselamatan di tempat mereka kot.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.