Tular sebuah video dalam satu kejadian yang berlaku malam tadi, memaparkan seorang wanita berniqab dan berjubah hitam dikatakan membuat kecoh di sebuah stesen minyak di Saujana Utama.
Menerusi video terbabit, wanita itu dilihat cuba mengugut dan mengeluarkan sebatang kayu buluh seperti mahu memukul sebelum dirampas oleh orang ramai.
Dalam hantaran itu ada penduduk yang mengakui wanita itu dipercayai mempunyai masalah mental dan sering berpindah randah dengan keluarganya.
Artikel berkaitan: Kecoh Di Stesen Minyak, Penyokong Selangor Didakwa Diculik Selepas Aksi Liga Super Menentang Perak FC?
Artikel berkaitan: Wanita Hisap Vape Dalam Wayang, Mengamuk Bila Pekerja Tak Layan Perintah Ambilkan Snek
Berdasarkan hantaran tersebut, wanita terbabit pada awalnya dikatakan telah meletakkan kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam yang dipandunya secara double park.
Tindakan itu bagaimanapun menyukarkan pemandu kenderaan lain untuk keluar dari kawasan parkir tersebut. Apabila diminta untuk mengalihkan kenderaannya, pemandu wanita itu mula mengamuk.
Belum reda kisah pemandu wanita yang dikatakan ada masalah mental sehingga melanggar maut tiga pelajar UiTM Dungun minggu lalu, penduduk Saujana Utama di sini juga berhadapan kebimbangan susulan gangguan dicetuskan pemandu wanita yang dipercayai ada masalah mental.
Berita penuh:… pic.twitter.com/41lT1gw0S1
— Berita Harian (@bharianmy) October 18, 2024
Polis buka kertas siasatan
Difahamkan, Polis Daerah Sungai Buloh sedang menjalankan siasatan berkaitan kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan kejadian itu diterima Balai Polis Saujana Utama pada jam 10.36 malam Khamis oleh penyelia stesen minyak terbabit.
Susulan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk hadir ke mana-mana balai berhampiran.
Sumber: X, Berita Harian