Di Malaysia, tiram mentah semakin dijual secara meluas kerana mendapat sambutan yang menggalakkan. Sesetengah peniaga menjual tiram mentah kerana lebih digemari pelanggan yang mahukan rasa segar dan asli tiram itu sendiri.
Meskipun ini sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, adakah tiram mentah sebenarnya selamat dimakan begitu sahaja?
Uji kaji guna mikroskop
Dalam satu video yang dikongsikan menerusi media sosial, seorang pengguna ada mendedahkan gambaran secara dekat tiram mentah menggunakan mikroskop.
Hasil pemeriksaan menggunakan mikroskop mendapati terdapat banyak parasit yang wujud pada tiram mentah. Video itu turut memperlihatkan pelbagai jenis parasit bergerak-gerak pada sampel tiram mentah, membuktikan ia tidaklah sebersih seperti yang disangka.
@shanerayusha There are many parasites in raw oysters.#microscopechallenge #microscopics #microscopic
Pendedahan ini ternyata mengejutkan ramai pihak yang kurang senang dengan kewujudan parasit pada tiram mentah. Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan air limau dan sos cili yang diletakkan pada tiram mentah mampu untuk membunuh parasit.
Apa kata pakar?
Menerusi perkongsian oleh laman Food Safety, cacing laut adalah parasit biasa yang terdapat pada dalam tiram. Mereka biasanya tinggal di sedimen bentik pada tiram.
Disebabkan oleh kehadiran substrat pada cengkerang tiram, cacing laut sering ditemui pada bahagian tersebut kerana ia adalah penting untuk hidupan ini. Bagaimanapun, pakar mendakwa cacing laut tidak mendatangkan mudarat kepada tiram.
Dalam satu kajian lain, merendam tiram dalam air garam selama 15 saat adalah berkesan untuk menghilangkan cacing laut di dalamnya.
Orang ramai tidak dinasihati untuk membeli tiram mentah dari sumber yang tidak diyakini atau tiram yang dilihat tidak elok untuk dimakan. Individu berisiko tinggi seperti kanak-kanak, golongan tua dan wanita mengandung pula dinasihati untuk tidak memakan makanan mentah seperti tiram.
Untuk rekod, perasa pedas dan berasid seperti sos wasabi, sos cili, jus limau dan alkohol tidak boleh membunuh bakteria yang ada pada tiram mentah.
Kredit: Food Safety
BACA: “Lama beratur” Gadis Luah Rasa Kecewa Ayah Guna Cawan BTS Meal Untuk Simpan Cacing