Maut ketika mencari rezeki…
Seorang pencari madu lebah telah ditemui meninggal dunia lepas dipercayai tersangkut di atas pokok tualang setinggi kira-kira 60 meter dekat Kampung Cabang, Tungkak, Pasir Puteh tengah hari semalam.
Menurut Astro AWANI, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Machang telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.09 tengah hari.
Sebaik tiba di lokasi, kelihatan mangsa iaitu seorang lelaki, Che Hussin Hassan, 62, didapati tidak sedarkan diri di atas pokok tualang tersebut.
Dapat bawa turun lepas 7 jam guna kaedah ‘hightline rescue’
Menerusi video yang tular di media sosial, anggota pasukan bomba difahamkan telah menggunakan kaedah ‘hightline rescue’ dan sistem takal untuk membawa turun pencari madu yang meninggal di atas pokok tualang tersebut.
Anggota bomba dan orang awam menyertai operasi membawa turun pencari madu warga emas yang maut ketika mencari madu di pokok Tualang berketinggian 60 meter di hutan Kampung Cabang Tongkat, Pasir Puteh. Foto Ihsan Bomba pic.twitter.com/GNAS0ZXiAx
— Berita Harian (@bharianmy) July 3, 2023
Seramai 17 orang pegawai dan anggota terlibat dalam membawa turun mangsa yang diketuai Ketua Balai BBP Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Elmi Mustofar dan Pegawai Bomba Kanan I, Tuan Mohd Sukri Tuan Hassan.
Ketika hadir ke lokasi, benar didapati mangsa tersangkut pada pokok ketinggian 60 meter.
“Komander operasi membuat `sizeup’ bagi memastikan kawasan selamat dan mengarahkan anggota membuat sistem 3:1 bagi menurunkan mangsa,” katanya.
Operasi untuk menurunkan mangsa telah mengambil masa lebih tujuh jam lamanya, menurut bomba.
Anggota bomba dan orang awam menyertai operasi membawa turun pencari madu warga emas yang maut ketika mencari madu di pokok Tualang berketinggian 60 meter di hutan Kampung Cabang Tongkat, Pasir Puteh. Foto Ihsan Bomba pic.twitter.com/oBXoIqG46d
— Berita Harian (@bharianmy) July 3, 2023
Sebaik dibawa turun, mangsa yang tidak sedarkan diri terus menjalani pemeriksaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan pada jam 7.20 malam.
“Operasi tamat sepenuhnya jam 8.14 malam termasuk membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis,” jelasnya.
Video operasi yang tular itu telah mengundang pelbagai respon netizen yang bersimpati dengan nasib mangsa yang meninggal dunia ketika mencari rezeki buat keluarga.
Al fatihah buat mangsa dan takziah kepada keluarganya. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
Baca: Tragedi Jeram Mawar : 2 Mangsa Yang Maut Sepatutnya Bernikah Disember Ini