in

Pencalonan Anugerah Inovasi Wanita Dalam Sukan Kini Dibuka, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu

Ft Anugerah Inovasi Wanita Dalam Sukan 1

Negara kita sudah banyak melahirkan atlet-atlet wanita yang berbakat dan telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Mereka juga telah melalui transformasi yang luar biasa.

Selain atlet yang mewakili negara, peranan wanita dalam sukan di negara ini semakin berkembang, sama ada menjadi jurulatih, pengadil dan juga pemimpin dalam pelbagai bidang sukan.

Kejayaan demi kejayaan wanita dalam sukan ini pastinya membuka ruang untuk potensi luar biasa yang sebelum ini mungkin tidak mendapat peluang dan ruang yang sepatutnya.

Edit A64I0278

Justeru, September lalu Institut Sukan Negara (ISN) mengumumkan pembukaan pencalonan untuk Anugerah Inovasi Wanita Dalam Sukan (AIWS) 2024.

Kalau nak tahu, anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang telah menunjukkan inovasi dan sumbangan yang luar biasa dalam memajukan sukan wanita di Malaysia.

Anugerah Inovasi Wanita Dalam Sukan

Selain itu, AIWS merupakan platform yang mengetengahkan dan mengangkat hasil inovasi berkaitan wanita dalam sukan.

Untuk pengetahuan juga, anugerah ini terbuka kepada semua wanita Malaysia yang terlibat dalam sukan, sama ada sebagai atlet, jurulatih, pegawai, penyelidik, atau penggiat sukan.

4 Kategori Anugerah Inovasi Wanita Dalam Sukan 2024

1. Kategori Saintis : 

  • Anugerah ini diberikan kepada saintis wanita yang aktif mempamerkan kemahiran dan sumbangan inovasi dalam bidang sains sukan atau teknologi sukan.
  • Hasil inovasi/produk yang telah memberikan impak kepada pembangunan dan kecemerlangan sukan seperti kecergasan, prestasi sukan, amalan terbaik dan sebagainya.

2. Kategori Jurulatih

  • Anugerah ini diberikan kepada jurulatih wanita yang aktif dan menghasilkan inovasi dalam melatih atlet atau pasukan.
  • Menunjukkan pencapaian kemahiran, mendapat pengiktirafan, komited dalam membimbing dan memberi inspirasi kepada masyarakat, atlet atau pasukan ke peringkat tertinggi.

3. Kategori Industri

  • Anugerah ini mengiktiraf individu atau kumpulan atau organisasi yang memainkan peranan penting dalam memajukan sukan wanita melalui inovasi produk atau perkhidmatan.
  • Penerima anugerah ini menunjukkan komitmen dalam memperkasa wanita dalam sukan, menyokong pembangunan atlet dan pasukan wanita, serta menerapkan strategi yang memperluaskan penglibatan wanita dalam sektor ini.

4. Kategori Champion of Change (Lelaki) 

  • Kesaksamaan jantina memerlukan sokongan dan penyertaan aktif termasuk daripada lelaki yang memperjuangkan perubahan.
  • Anugerah ini diadakan untuk meraikan lelaki yang menunjukkan komitmen untuk memajukan kesaksamaan jantina, sama ada sokongan terhadap dasar, amalan dan aktif memberi bimbingan kepada wanita dalam sukan.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 5 November 2024 . Untuk maklumat lanjut dan cara mengemukakan pencalonan, sila layari laman web ISN atau boleh hubungi pegawai yang berkenaan : Syarifah Fathynah (03-89914527) / Dyg Adlina (03-89914415).

Jangan lepaskan peluang untuk mencalonkan diri atau mencalonkan individu atau kumpulan yang layak untuk menerima anugerah ini. Marilah kita bersama-sama meraikan dan menghargai usaha wanita dalam memajukan sukan di Malaysia.