Semalam, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri telah kembali menjadi bualan hangat warganet setelah dia memuat naik video klip teaser lagu raya terbarunya yang berjudul Cak Kun Cak Raya di akaun media sosialnya.
Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet, ada segelintir yang memuji nyanyian Aliff dan ada juga dalam kalangan mereka yang melontarkan kritikan dan kecaman lagi-lagi berkenaan pilihan baju Melayu yang digayakan dalam video tersebut.
PU Syed beri sepatah dua kata
Hari ini, pendakwah bebas, PU Syed yang lantang memberikan pendapatnya telah tampil untuk menitipkan pesanan buat usahawan berusia 36 tahun itu agar menghormati bulan Ramadan kerana video klip yang dimuat naik itu dikatakan tidak bersesuaian.
https://www.tiktok.com/@pu_syedofficial/video/7216151454266952966
“Kepada Datuk Seri Aliff Syukri, kita berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh keabdian kita kepada Allah SWT.”
“Dan justeru itu saya rasa dengan video klip lagu Datuk Seri yang tergedik-gedik, penari latar di belakang tersebut sangat tidak sesuailah,” jelasnya.
Pada masa yang sama, PU Syed turut mengharap agar Aliff Syukri memahami erti sebenar Syawal, iaitu sambutan kemenangan kita melawan hawa nafsu pada bulan Ramadan kerana Allah SWT.
“Sebab kita nak sambut raya ni kan, kita sambut tentang kemenangan melawan hawa nafsu bukan sebab ikut hawa nafsu, kita sambut kemenangan dengan takbir, tahmid, tahlil kepada Allah SWT,” kata PU Syed.
https://www.instagram.com/p/CqVa1jtvhVW/
Selain itu, PU Syed akui bahawa Aliff Syukri mempunyai suara yang merdu meskipun ramai di kalangan netizen yang tidak bersetuju.
Namun, dia berpendapat gaya penyampaian untuk lagu tersebut boleh diubah agar ia lebih bersesuaian dengan tema ‘Aidilfitri’ yang cuba dibawa.
“Walaupun ada kata tak sedap, saya rasa sedaplah, ada bakat dan ada keyakinan penuh pada Datuk Seri.”
“Tapi dengan gaya penyampaian berikut, gaya nyanyian atau gaya tarian tersebut sangat tidak sesuai. Ubahlah, tak payah menari pun tak apa, nyanyi begitu pun cukuplah,” ujarnya.
Hmm apa pendapat korang?
Baca : “Mencemarkan baju Melayu” – Netizen Kritik Teaser Lagu Raya Baharu Aliff Syukri