in

Peminat Jual Kanta Lekap Yang Jadi Saksi Konsert ‘Taylor Swift Eras Tour’ Dengan Harga RM44K

kanta lekap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang peminat Taylor Swift telah membuat perkara yang di luar jangkaan apabila menjual sepasang kanta lekap yang telah dipakai ketika menonton konsert Taylor Swift’s Eras Tour.

Kanta lekap itu telah disenaraikan untuk jualan di platform Depop dengan harga $10,000 (bersamaan kira-kira RM44,000). Memetik laporan Unilad, contact lens tersebut disenaraikan sebagai item terpakai namun dengan deskripsi berada dalam kondisi yang ‘excellent‘.


 

kanta lekap

Walau bagaimanapun, item yang dijual itu telah mendapat reaksi negatif dari peminat Taylor Swift dengan menggelarkan ia kotor dan unhygienic. 

Jualan kanta lekap itu bagaimanapun telah dipadam oleh platform Depop atas sebab-sebab tertentu.

Penjual yang menyenaraikan kanta lekap terpakainya itu juga mengakui ia adalah satu jenaka dan sebenarnya tidak berniat langsung untuk menjualnya kepada umum.

Screenshot 2023 05 13 at 2.19.37 PM

Untuk rekod, konsert Taylor Swift’s Eras Tour adalah siri jelajah konsert yang diadakan sekitar Amerika Syarikat bagi mengubat rindu peminat Taylor Swift selepas tiada sebarang konsert yang dilakukan oleh penyanyi itu sejak dunia dilanda pandemik Covid-19.

Baca: Udara Dari Konsert Billie Eilish Di SIngapura Dijual, Cecah Harga RM48K Seikat

Screenshot 2023 05 13 at 2.18.03 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.