in

Pemilik Baharu Mungkin Jadi Salah Satu Punca Manchester United Dilarang Beraksi Di UCL Musim Depan

1mu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelab bola sepak terkemuka dari England, Manchester United (MU) dilaporkan berpotensi untuk dilarang daripada menyertai Liga Juara-Juara (UCL) pada musim depan.

Situasi berkenaan dikatakan bakal terjadi berpunca daripada berita Sir Jim Ratcliffe yang berjaya melengkapkan pembelian saham minoriti kelab berkenaan.

Memetik sumber dari Team Talk, Ratcliffe ketika ini bersedia mengambil alih sebanyak 25 peratus kepentingan saham dalam kelab itu dengan nilai £1.3 bilion (bersamaan kira-kira RM7.6 bilion).

Screenshot 2023 11 25 at 3.16.19 PM

Pengambil alihan itu didorong oleh keputusan pemilik semasa kelab, keluarga Glazer yang dikatakan telah menamatkan rundingan dengan billionaire dari Qatar, Sheikh Jazim untuk menjual pegangan dalam kelab itu sepenuhnya.

Sebaik sahaja perjanjian itu termeterai, Ratcliffe bakal menambah satu lagi kelab bola sepak dalam portfolionya

Screenshot 2023 11 25 at 3.17.01 PM

Di bawah peraturan Badan Pengelola Bola Sepak Eropah (UEFA) berkenaan pemilikan kelab mengariskan bahawa tiada entiti yang boleh mempunyai kawalan ke atas lebih daripada satu kelab yang menyertai pertandingan UEFA

Kerana peraturan tersebut, Nice, sebuah kelab bola sepak dari Perancis yang turut dimiliki oleh Rattcliffe, dan Manchester United, tidak boleh bertanding bersama-sama dalam pertandingan utama peringkat kelab di Eropah.

Screenshot 2023 11 25 at 3.17.29 PM

Artikel berkaitan: Bekas Penyerang Manchester United, Falcao Bakal Sarung Jersi JDT Musim Depan?

Artikel berkaitan: Billionaire Qatar Sedia Miliki Manchester United, Sanggup Beli Dengan Harga RM24.5 Billion

Namum, Nice dan MU masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Eropah sekiranya salah satu kelab berjaya mendapatkan slot automatik ke UCL manakala satu lagi kelab mendapat slot untuk beraksi di Conference League. Bagaimanapun, jika kedua-dua kelab berjaya mendapatkan slot automatik ke UCL, kelab yang berjaya menamatkan saingan liga di posisi lebih baik atau muncul juara akan mendapat slot ke UCL.

Manakala kelab yang menamatkan kedudukan lebih bawah pula dilarang daripada beraksi dalam saingan itu biarpun berjaya mendapatkan slot.

Screenshot 2023 11 25 at 3.16.54 PM

Sekiranya MU dan Nice masing-masing berkongsi kedudukan yang sama selepas liga tamat, MU akan mendapat slot kerana kedudukan mata EPL yang lebih tinggi berbanding Ligue 1 dalam UEFA.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.