in

Pemerhati Bola Sepak Anggap Insiden Tak Jejas Imej Liga Malaysia Dikecam Peminat

Insiden Faisal Halim Imej Liga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Arena bola sepak tanah air digemparkan dengan tragedi malang melibatkan dua wakil kebangsaan selepas masing-masing mengalami kecederaan akibat serangan individu tidak dikenali baru-baru ini.

Bagaimanapun, pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam dan juga pemerhati bola sepak tempatan, Sadek Mustafa menganggap insiden yang berlaku ini tidak menjejaskan imej Liga Malaysia.


Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena itu Zulhelmi Zainal Azam.

Artikel berkaitan: Badan Melecur Akibat Asid, Keadaan Faisal Halim Tak Begitu Baik Selepas Pembedahan

Artikel berkaitan: Terima 6 Jahitan, Akhyar Kerugian Dalam RM 4,800 Akibat Disamun 2 Lelaki

“Ada isu lebih buruk berlaku di Amerika Selatan, pemerhati Sadek Mustafa anggap insiden Faisal dan Akhyar tak jejas imej Liga Malaysia keseluruhan, namun akui perlu dibendung sambil berpendapat perlawanan Sumbangsih perlu diteruskan kerana melibatkan seorang pemain.”

Kenyataan terbabit dilihat telah mengundang rasa kurang senang peminat bola sepak tanah air. Rata-rata mereka menganggap Sadek Mustafa kurang sensitif dengan isu yang berlaku ketika ini.

Screenshot 2024 05 07 124107Screenshot 2024 05 07 124048Screenshot 2024 05 07 124015 Screenshot 2024 05 07 124023

Difahamkan, aksi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim akan berlangsung pada Jumaat ini.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam juga memberikan kenyataan yang sama dan mengesahkan perlawanan pada Jumaat ini tetap berjalan seperti yang dijadualkan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.