in

Pembunuh Gadis Jual ‘Gorengan’ Di Indonesia Ditangkap, ‘Lunyai’ Ketika Dibawa Ke Balai

Syaz Ft 2024 09 20T130050.549

Beberapa hari lalu, tular sebuah kes pembunuhan menyayat hati yang berlaku di Padang Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia.

Kes itu berlaku selepas seorang gadis yang merupakan peniaga makanan bergoreng atau gorengan dilaporkan hilang ketika sedang berniaga dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Kayu Tanam.

Artikel berkaitan: Tragis! Remaja Indonesia Dibun*h Ketika Meniaga, Impian Nak Sambung Belajar & Bantu Keluarga Hancur

Artikel berkaitan: Kara Robinson: Kes Remaja Berjaya Lari Lepas Diculik Pembunuh Bersiri & Tolong Polis Bongkar 3 Pembunuhan Lain!

Selepas dua hari kehilangannya, Nia Kurnia Sari ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan di kawasan semak tanpa seurat benang dengan tangan terikat serta barang niaganya yang bertaburan.

Terbaru, suspek pembunuhan itu difahamkan telah ditangkap semalam oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Cats 14

Video penangkapan lelaki itu tular di media sosial, dia difahamkan bersembunyi di sebuah rumah kosong di tengah kawasan perumahan.

Menurut Tribun News, dia bersembunyi di atas bumbung rumah, sehingga akhirnya dipaksa turun oleh anggota polis dan pada ketika itu dia tidak memakai pakaian, hanya memakai seluar pendek hijau.

Keadaan suspek pada ketika itu dilihat sangat teruk dengan muka yang lebam serta berbirat selepas dipukul beramai-ramai oleh penduduk kampung tersebut.

Suspek kini ditahan Unit Siasatan Jenayah Polis Padang Pariaman untuk soal siasat.

Semoga ada keadilan buat Nia Kurnia Sari…

Sumber: Tribun News

Sumber: jawapos