Tabiat membawa kenderaan dengan laju seharusnya tidak patut diamalkan kerana lambat-laun mereka akan terima juga padahnya. Baru-baru ini, seorang netizen bernama Manster Wirman telah menyaksikan satu kemalangan yang dahsyat di Singapura membabitkan dua individu yang menaiki motosikal kerana ditunggang dengan sangat laju.
Kejadian berlaku di Lebuhraya Tengah (CTE) dan Lebuhraya Seletar (SLE) sebelum ke persimpangan jalan Lentor dan Yishun.
Menurut Manster, penunggang motosikal tersebut sedang menukar lorong dari lorong tengah ke lorong kanan dengan kelajuan yang tinggi. Disebabkan tidak mampu mengawal kelajuannya, penunggang tersebut tidak sempat menekan brek untuk mengelak kereta rosak yang sedang berhenti di lorong kanan.
Kelajuan motor tersebut telah menyebabkan impak yang tinggi sehingga pembonceng motosikal tersebut terpelanting ke hadapan kereta dan mengalami hentakan yang kuat di bahagian kepalanya ketika mendarat di atas jalan raya. Aduhhh!
Sumber : Facebook
Sumber : Facebook
Selepas video yang dirakam melalui dashcam sebuah kereta itu dimuat naik, netizen ramai memberikan komen tentang kemalangan yang berlaku.
Ramai mempercayai kereta yang berhenti di lorong kanan itu telah menyebabkan kemalangan tersebut . Menurut mereka, pemandu itu sepatutnya berhenti di lorong kecemasan dan bukan di lorong kanan.
Ada juga yang mengatakan penunggang tersebut yang bersalah kerana dia menunggang motornya dengan sangat laju.
Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir yang menyalahkan Manster kerana dia telah berhenti di tengah-tengah lorong kanan dan tengah menyebabkan penunggang tersebut tidak nampak kereta yang rosak itu.
Setakat ini, tiada lagi berita yang melaporkan keadaan kedua-dua penunggang motosikal tersebut tetapi diharapkan kemalangan itu menjadi pengajaran bagi sesiapa yang suka memandu dan menunggang dengan laju di jalan raya.
Utamakan keselamatan. Malang tak berbau ye!
Baca : Pelajar Kolej Tunggang Motorsikal Terbabas Maut Dalam Keadaan Bersujud Atas Kubur