Setiap kali bulan Ramadan tiba, pasti banyak hantaran di laman sosial yang memaparkan para pembeli ditipu dengan penjual ‘segera’ di bazar Ramadan. Kali ini, seorang pembeli menjadi mangsa keadaan setelah sotong raja yang dibelinya diterima dalam keadaan yang sangat mengecewakan.
Manakan tidak, setelah diperiksa, sotong ‘raja’ itu mengandungi 95% tepung. Malah, isi sotongnya pula hanya sebesar ibu jari!
@1rfcn95% tepung❤️
Artikel berkaitan: Peniaga Jual ‘Roti Pocong’ Dekat Bazar, Tapi Netizen Lagi Gerun Tengok Harga
Artikel berkaitan: ‘Baru nak makan sekali’ – Wanita Terkilan Nasi Ayam Dibeli Di Bazar Ramadan Berlendir
Sudah tentulah, perkara ini telah menyebabkan kemarahan dalam kalangan warganet.
Manakan tidak, sebelum ini pernah tular pelbagai insiden sama melibatkan makanan yang dijual di bazar Ramadan. Bagaimanapun, perkara sama tetap berlaku berulang kali.
![sotong raja](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2024/03/e9914516-210f-47ed-b392-f740e21076d6-e1711270479518.jpeg)
Dalam ruangan komen, ramai yang mengaku sudah serik untuk menjejakkan kaki ke bazar Ramadan disebabkan insiden seumpama ini.
Tidak kurang juga, ramai yang bergurau dan mengatakan sotong raja tersebut hanyalah ‘free gift’ semata-mata, apa yang dijual adalah tepung berperisa!
“Agaknya, berapa kali penjual celup sotong tu dalam tepung?” Tanya Min.
“Masalahnya, penjual bazar tak periksa sosial media ke? Dah berapa kali dah kejadian sama berulang,” kata seorang pengguna lain.
Lebih baik masak dari bazir duit beli makanan yang belum tentu sedap, ye tak?