Bukan mudah nak jadi seorang pembaca berita. Orang nampak kerjaya ni macam penuh dengan glamour je kan, namun sebenarnya susah untuk kekalkan sifat professional ketika sedang bersiaran.
Lebih-lebih lagi kalau ada kejadian lucu ketika sedang on air sebab selalu jugak kita tengok kejadian lucu melibatkan pembaca berita ni.
Kali ini, seorang pembaca berita di Kanada pula tertelan lalat ketika sedang membaca berita!
Memetik laporan Daily Mail, pembaca berita yang dikenali sebagai Farah Nasser itu telah berkongsikan klip dirinya tertelan serangga berkenaan di Twitter kerana merasakan kejadian itu lucu.
Sharing because we all need a laugh these days. Turns out it's not just @fordnation, I swallowed a fly on air today.
(Very much a first world problem given the story I'm introducing). pic.twitter.com/Qx5YyAeQed
— Farah Nasser (@FarahNasser) August 29, 2022
Dalam klip yang berdurasi 16 saat itu, dapat dilihat dia sedang membaca berita berkaitan banjir besar di Pakistan sebelum tiba-tiba menelan sesuatu iaitu lalat.
Namun, wanita tersebut tetap meneruskan pembacaannya seperti biasa.
Setelah klipnya itu tular di media sosial, ramai netizen negara itu yang memuji sikap professionalnya yang tidak membiarkan seekor haiwan mengganggu pekerjaannya.
Namun, kejadian ini bukanlah kali pertama yang menimpa pembaca berita kerana difahamkan, sebelum ini, seorang lagi ahli politik Kanada yang dikenali sebagai Doug Ford juga tertelan lebah ketika sidang media berlangsung, lapor CNN.
Namun, menurut Mayocliniclabs, tak perlu risau jika kita tertelan lalat kerana ia akan keluar bersama-sama najis kita ketika membuang air besar nanti.
Cuma, rasa geli sebab tertelan lalat tu tetap ada. Kalau min, mungkin akan trauma nak buka mulut selama dua hari.
Sumber: Daily Mail, CNN, Mayocliniclabs
Baca: Hidung Tiba-tiba Berdarah Ketika Siaran Langsung, Ramai Puji Penyampai Berita Ini Sebab Kekal Tenang