Satu lagi kes cabul dilaporkan melibatkan pemandu GrabCar. Seorang pengguna Facebook, Jannet Khoo kongsi cerita yang dialami rakannya sebagai pemandu GrabCar baru-baru ini.
Rutin mengambil penumpang seperti biasa bertukar menjadi satu kejadian tidak dapat dilupakan rakannya itu.
Beliau dijadualkan mengambil penumpang di Bangsar pada jam 11.45 pagi dan ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi, penumpang lelaki warganegara Pakistan itu mencabulnya.
Apabila tiba di destinasi, lelaki itu berkeras untuk tidak keluar dari kenderaan sebelum mula mencabulnya. Lelaki itu juga turut memegang dan meraba kaki dan pahanya sebelum mula tangannya mula mendekati bahagian kemaluan wanita tersebut. Beliau turut mencubit buah dada wanita itu dan menunjukkan gambar kemaluannnya serta mengajak wanita berkenaan melakukan seks bersama.
Selepas wanita berkenaan menunjukkan reaksi tidak berminat dengan tawarannya itu, beliau kemudian mengugut dan berkata tidak akan keluar dari kenderaan jika wanita itu menolak pelawaannya. Lelaki itu kemudian mula bercakap tentang perkara-perkara lucah.
Namun, tindakan bijak wanita itu keluar dari kereta berjaya menyelamatkannya selepas lelaki berkenaan turut keluar.
Bagaimanapun, ianya tidak berakhir di situ selepas lelaki Pakistan itu tetap menghubunginya melalui Whatsapp dan menghantar mesej lucah.
Terjemahan:
“Hi. Selamat berkenalan. Jika awak mencuba batang saya yang panjang ini, awak boleh mesej saya. Pasti menyeronokkan.” kata lelaki Pakistan itu.
Wanita itu kemudian menjawab,
“Maaf, saya memang tidak berminat dengan dan awak baru sahaja mencabul saya.”
“Tetapi saya sukakan awak. Maafkan saya tentang hal (mencabul) itu.” balas lelaki tersebut.
Perbualan itu terhenti di situ dan wanita berkenaan tidak menunggu lama untuk membuat laporan polis tentang kejadian yang menimpanya itu.
Kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat untuk mencabul kehormatan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau sebatan atau kedua-duanya.
Kepada semua pemandu wanita, berhati-hati semua!